Affiliations 

  • 1 Universiti Pendidikan Sultan Idris
Movement Health & Exercise, 2019;8(1):67-81.
MyJurnal

Abstract

Modul latihan Mindfulness Acceptance Commitment-Physical (MAC-P) bertujuan meningkatkan prestasi latihan fizikal seperti dalam latihan aerobik. Kesahan muka dan kandungan bagi Modul MAC-P telah diterima pakar dengan peratus persetujuan antara 0.68 hingga 0.88. Manakala kebolehpercayaan modul berdasarkan nilai Cronbach Alpha adalah antara 0.65 hingga 0.94. Kesan MAC-P diuji ke atas prestasi daya tahan aerobik dalam ujian Bleep, efikasi kendiri fizikal dan kekuatan mental berbanding kaedah konvensional berasaskan Psychological Skill Training (PST). Reka bentuk kajian adalah Randomized Subjects Pretest-Postest Control Group. Subjek adalah pelajar semester satu program Sains Kejurulatihan UPSI, yang dibahagikan kepada kumpulan MAC-P (n = 21), PST (n = 21) dan kawalan (n = 21). Instrumen kajian adalah ujian Bleep, Mental Toughness Questionnaire (MTQ), dan skala efikasi kendiri fizikal. Berdasarkan Analysis of Covariance (ANCOVA), terdapat kesan intervensi yang signifikan ke atas prestasi pasca VO2max, kekuatan mental, dan efikasi kendiri fizikal. Kumpulan MAC-P menunjukkan skor pasca VO2max dan efikasi kendiri fizikal yang lebih tinggi berbanding kumpulan PST dan kawalan. Manakala kumpulan PST memperoleh skor pasca kekuatan mental lebih tinggi berbanding kumpulan MAC-P dan kawalan. Kesimpulannya, MAC-P lebih memberi kesan terhadap prestasi aerobik berbanding PST. Pendekatan MAC-P berupaya menjadi alternatif selain PST ke arah peningkatan prestasi dalam latihan yang menguji daya tahan aerobik.