Affiliations 

  • 1 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • 2 National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH)
  • 3 Prasarana Malaysia Berhad
MyJurnal

Abstract

Peningkatan masalah muskulosketal di kalangan pemandu bas henti-henti akibat beban kerja fizikal semakin
menjadi perhatian. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti jenis beban kerja fizikal yang dihadapi oleh
pemandu bas henti-henti di Kuala Lumpur dan kesannya terhadap prestasi fizikal mereka. Dalam kajian ini, kaedah
rakaman video digunakan untuk melihat dan merakamkan setiap beban kerja fizikal yang dihadapi oleh mereka
semasa memandu dan satu simulasi dibuat untuk melihat kesan beban kerja tersebut terhadap prestasi kerja mereka.
Keseluruhan hasil kajian menunjukkan beberapa jenis beban kerja fizikal yang telah dikenalpasti iaitu seperti menekan
butang suis pada panel kawalan, memberi tiket kepada penumpang, memandang cermin sisi sambil memasukkan
wang ke dalam tabung, menoleh untuk menjawab pertanyaan penumpang dan membelok sambil menarik tombol
isyarat. Demi kesinambungan kajian ini, satu kajian terhadap beban kerja mental perlu dibuat untuk mengetahui secara
menyeluruh beban kerja yang dihadapi oleh pemandu bas.