Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
  • 2 Hospital Kuala Lumpur
Medicine & Health, 2020;15(1):218-224.
MyJurnal

Abstract

Pengurusan kendiri asma menggunakan pelan tindakan asma secara bertulis (WAAP) penting dalam memastikan pengurusan asma yang berkesan kerana ia mengurangkan kadar kehadiran ke hospital. Kajian ini menilai peningkatan pengetahuan dan kawalan asma menggunakan WAAP di kalangan pesakit asma di Jabatan Kecemasan. Kajian cubaan kawalan rawak ini dijalankan selama 19 bulan di Jabatan Perubatan Kecemasan sebuah hospital universiti. Kajian ini melibatkan pesakit dewasa serangan asma ringan dan sederhana. Pesakit dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan intervensi dan kawalan. Soal selidik pengetahuan penyakit asma diberikan pada pesakit. Pesakit dari kedua kumpulan menerima kaunseling tentang penyakit asma berdasarkan risalah asma yang telah disediakan. Kumpulan intervensi, kemudiannya menerima kaunseling WAAP mengikut keperluan individu tersebut. Kumpulan kawalan menerima kaunseling lisan berdasarkan perawatan. Susulan kajian dijalankan pada 1 dan 3 bulan. Pengetahuan penyakit asma dan kawalan penyakit asma dinilai melalui tinjauan telefon. Lima puluh pesakit telah dibahagikan secara rawak kepada kumpulan intervensi dan kawalan. Setiap kumpulan menerima 25 pesakit. Skor pengetahuan kumpulan intervensi jauh lebih tinggi daripada kawalan (16.88+0.44 vs 13.36+3.72; p19) pada 1 bulan berbanding kumpulan kawalan (20.64+3.26 vs 17.72+4.17). Kedua-dua kumpulan mencapai kawalan yang baik pada 3 bulan. Pengurusan kendiri asma dengan menggunakan WAAP di Jabatan Kecemasan meningkatkan pengetahuan dan kawalan asma di kalangan pesakit yang mendapat serangan asma ringan dan sederhana.