Pengetahuan yang baik tentang teknik perahan, penyimpanan dan penggunaan susu perahan ibu adalah sangat penting kepada ibu-ibu yang ingin meneruskan penyusuan ibu selepas kembali bekerja. Objektif kajian ini adalah untuk menilai pengetahuan dan sikap ibu bekerja terhadap perahan, penyimpanan dan penggunaan susu ibu. Kajian hirisan lintang ini disertai oleh 300 ibu bekerja sepenuh masa yang melahirkan bayi di sebuah hospital tertiari di Kuala Lumpur, Malaysia. Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi 28 soalan menguji pengetahuan dan 9 soalan menilai sikap yang telah disahkan kandungannya. Skor tertinggi adalah 28 untuk pengetahuan dan 45 untuk sikap. Skor purata untuk pengetahuan adalah 20.47 (SD 4.06). Ibu yang mendapat skor ≥21 (≥75% skor maksimum) dikategorikan sebagai mempunyai “pengetahuan yang baik” manakala mereka yang mendapat skor