Leptospirosis adalah salah satu penyakit yang endemik di Malaysia. Ia mempunyai pelbagai manifestasi klinikal bermula daripada yang ringan sehingga yang boleh membawa maut. Kami melaporkan sebuah kes tentang seorang lelaki berumur 56 tahun dengan pelbagai masalah kesihatan terdahulu, dengan sejarah tidak sihat kerana demam, batuk dan sakit perut selama dua hari. Pesakit datang ke Jabatan Kecemasan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan Pulseless Electrical Activity (PEA) cardiac arrest. Pesakit telah diresusitasi dan berjaya dipulihkan dengan mencapai peredaran darah spontan (return of spontaneous circulation) tidak berapa lama selepas itu. Keadaan pesakit dirumitkan lagi dengan keadaan Hyperosmolar Hyperglycemic State (HHS), oliguric acute kidney injury, dan non- ST elevation myocardial infarction (NSTEMI). Pesakit kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi dan dirawat dengan IV Ceftriaxone 2 g sekali sehari selama empat hari, dan kemudian ditukar kepada IV Ceftazidime 2 g dua kali sehari untuk seminggu disebabkan ventilator acquired pneumonia (VAP). Keadaan pesakit bertambah baik dan akhirnya di benarkan pulang ke rumah pada hari yang ke 18.