Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
  • 2 Universiti Teknologi MARA
Medicine & Health, 2017;12(2):259-274.
MyJurnal

Abstract

Model tiga dimensi (3D) menyerupai ciri-ciri persekitaran tisu asli, justeru
morfologi dan isyarat-isyarat sel daripada kultur 3D selalunya lebih menyerupai
fisiologi asal berbanding sel kultur dua dimensi (2D). Diketahui juga, rembesan
sel mempunyai kesan parakrin kepada pertumbuhan sel-sel lain. Dalam kajian
ini, pengkulturan fibroblast hidung menggunakan system kultur sel 3D telah
dioptimumkan dan kesan bahan rembesan (BR) daripada kultur 3D terhadap kadar
pertumbuhan dan perlindungan sel telah dikaji. Fibroblas hidung dipencilkan
daripada turbinate hidung manusia. Mikrosfera yang sesuai telah dipilih melalui
pengkulturan fibroblast pemindahan ke-3 pada pelbagai jenis mikro sferapolisterin
PolyGEM™. Kemudian, sel-sel telah dikulturkan pada mikrosfera yang terpilih
menggunakan system kultur 3D dan media terkondisi (MT) telah dikumpulkan.
Media terkondisi tiga dimensi (MT3D) telah ditambah kepada fibroblast untuk
mengkaji kadar perlekatan sel, kadar proliferasi, dan perlindungan sel terhadap
kesitotoksikan Centella asiatica. Asai protein asid bicinchonic dijalankan untuk
mengetahui kuantiti protein di dalam BR. Elektroforesis gel poliakrilamida-Sodium
Dodesil Sulfat (SDS-PAGE) telah dilakukan untuk memperoleh profil awal protein
dan membandingkan profil MT3D dengan protein media terkondisi dua dimensi
(MT2D). Kajian ini menunujukkan MT3D tidak menggalakkan perlekatan dan
proliferasi sel secara signifikan. BR didapati memberikan perlindungan sel yang
signifikan pada fibroblast hidung terhadap kesitotoksikan Centella asiatica. MT3D
mempunyai kepekatan protein yang lebih tinggi berbanding MT2D. SDS-PAGE
menunjukkan MT3D mempunyai 3 jalur ekslusif manakala MT2D mempunyai 4 jalur eksklusif. Kajian masa depan harus dijalankan keatas penggunaan BR
fibroblast hidung untuk perlindungan sel terhadap agen-agen yang memudaratkan
di alam sekitar dan produk herba yang sitotoksik.