Affiliations 

  • 1 International Islamic University Malaysia
  • 2 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
  • 3 KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital
Medicine & Health, 2017;12(2):293-303.
MyJurnal

Abstract

Kejuruteraan tisu merupakan satu bidang perubatan baru yang membolehkan tisu
manusia dibentuk secara in vitro sebelum pemindahan tisu dilakukan. Sel stem
mesenkima daripada sum sum tulang (BMSCs) adalah sumber sel yang sesuai
dalam kejuruteraan tisu tulang rawan, ekoran kebolehannya untuk membentuk
rawan hialin. Kajian ini telah dijalankan untuk mengkaji potensi BMSCs untuk
membentuk sel rawan secara in vitro dan in vivo. BMSCs dipencilkan daripada
kambing dan dibahagikan kepada dua kumpulan; iaitu kumpulan kajian dan
kumpulan kawalan. Sel di dalam kumpulan kawalan disemai di dalam medium
yang mengandungi 10% serum anak lembu (FBS). Manakala, sel di dalam kumpulan
kajian telah dikultur di dalam medium yang diperkaya dengan 1% FBS, 1% ITS, 5
ng/mL TGF-ß3, 50 ng/mL IGF-1, 40 ng/mL L-proline, 100 nM dexamethasone dan
50 μg / fosfat. Analisis pembentukan sel rawan telah dijalankan secara in vivo pada
model mencit gondol atimus. Sel didapati beragregasi di dalam kumpulan kajian
dan menunjukkan permulaannya kondrogenesis telah berlaku dalam pengkulturan
sel. Kerangka fibrin yang telah disemai bersama sel yang telah atau tidak diaruh
disediakan dan ditanamkan di dalam lapisan subkutaneus mencik gondol atimus
selama 5 minggu. Eksplan tersebut kemudiannya dikeluarkan daripada lokasi
penempelan untuk pemeriksaan histologi. Berdasarkan pewarnaan Safranin O dan
pengekspresan GAG, eksplan daripada kumpulan kajian didapati menghasilkan
matriks rawan pada kadar yang tinggi berbanding eksplan di dalam kumpulan
kawalan. Hasil kajian ini menunjukkan keberkesanan medium rendah serum yang mengandungi TGF-ß3 merangsang pembezaan sel stem mesenkima daripada
sum-sum tulang untuk menjadi sel rawa