Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 2 Institut Penyelidikan Perubatan
MyJurnal

Abstract

Alpinia conchigera (lengkuas kecil) merupakan sejenis tumbuhan herba yang sering digunakan sebagai rawatan alternatif
dalam bidang perubatan tradisional. Kajian ini dijalankan untuk menilai kesan sitotoksik, genotoksik serta mod kematian
sel yang disebabkan oleh ekstrak heksana A. conchigera ke atas sel hepar Chang. Asai MTT selama 24 jam telah dijalankan
untuk mengenal pasti peratus viabiliti sel hepar Chang setelah dirawat dengan ekstrak heksana A. conchigera. Keputusan
menunjukkan terdapat penurunan viabiliti sel secara signifi kan (p < 0.05) dengan nilai IC50 (8.6 μg/ml) berbanding kawalan
negatif. Berdasarkan nilai IC50 ini, pewarnaan AO/PI dilakukan untuk menentukan mod kematian sel hepar Chang iaitu sama
ada secara apoptosis atau nekrosis. Didapati bahawa terdapat perbezaan secara signifi kan (p < 0.05) bagi mod kematian
sel hepar Chang secara apoptosis berbanding kawalan negatif. Dalam kajian ini, penentuan tahap kerosakan DNA sel
hepar Chang turut dilakukan dengan menggunakan asai komet beralkali dengan nilai IC10 dan IC25 yang diperoleh daripada
asai MTT (4 μg/ml dan 6 μg/ml) masing-masing. Setelah sel hepar Chang dirawat dengan ekstrak heksana A. conchigera
selama 2 jam, didapati terdapat perbezaan secara signifi kan (p < 0.05) bagi peratus kerosakan DNA bagi kumpulan rawatan
berbanding kawalan negatif. Kesimpulannya, ekstrak heksana A. conchigera memberi kesan sitotoksik dan genotoksik
terhadap sel hepar Chang serta menyebabkan kematian sel secara apoptosis.