Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
Medicine & Health, 2020;15(1):187-197.
MyJurnal

Abstract

Karsinoma tiroid biasanya didiagnoskan berdasarkan kriteria morfologi tertentu. Dalam sesetengah kes, diagnosis yang tepat mungkin sukar apabila ciri-ciri morfologi adalah tidak ketara. Kajian ini menilai kegunaan Hector Battifora Mesothelial-1 (HBME-1) sebagai penanda immunohistokimia untuk membezakan tisu tiroid barah dengan bukan barah dan untuk membandingkan ekspresi HBME-1 dalam pelbagai jenis tisu tiroid. Sensitiviti dan spesifisiti HBME-1 sebagai penanda khusus untuk karsinoma tiroid juga dikaji. Sejumlah 54 kes barah dan 54 kes bukan barah tiroid yang didiagnos di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk tempoh tujuh tahun telah dikumpul. Semua kes diwarnai dengan HBME-1 dan dinilai oleh tiga pemerhati bebas. Kes-kes tersebut diberi skor berdasarkan nisbah pewarnaan dan dinilai sebagai skor 0 (kurang daripada 10%), 1+ (10-25%), 2+ (26-50%) atau 3+ (lebih daripada 50%). Di samping itu, perkaitan antara skor bagi kes barah dengan peringkat patologi tumor juga dikaji. HBME-1 menunjukkan ungkapan pewarnaan yang lebih signifikan dalam kes barah berbanding bukan barah (P