Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
MyJurnal

Abstract

Kajian ini untuk menunjukkan bahawa penentuan tanah air umat Melayu perlu dilihat dalam perspektif pendekatan atau teori yang baru, yakni teori 'The New Malay Homeland'. Ahli Linguistik sejarah pada abad ke-20 dan pada abad ini, iaitu pada abad ke-21 banyak telah melakukan kajian untuk membuktikan bahawa sebenarnya umat Melayu bukan bermigrasi daripada Yunan, sebaliknya daripada Taiwan dan kemudiannya menjadikan Borneo sebagai tanah air kedua umat Melayu. Untuk menjitukan lagi teori ini, maka kajian rekonstruksi dan klasifikasi bahasa Iban di Sarawak dilakukan agar maklumat-maklumat fosil linguistik yang wujud dalam bahasa Iban pada peringkat purbanya dapat membuktikan dan memperkukuhkan hujah bahawa teori di atas adalah benar. Dua kaedah kajian diaplikasi dalam penelitian ini, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Kaedah kajian kepustakaan lebih melihat kepada aspek pembacaan untuk mendapatkan maklumat berkaitan bidang kajian. Kajian-kajian awal ke atas bahasa Iban sejak abad ke-18 sehinga abad ke-21 telah diselidiki. Maklumat berkaitan bidang ilmu linguistik bandingan juga telah dibaca secara seksama. Berkaitan kaedah kajian lapangan, metode semak dan metode cakap dengan pengaplikasian teknik-teknik khas telah dilakukan. Berdasarkan lokasi kajian, tujuh varian bahasa Iban telah diteliti, yakni varian Iban Sri Aman (SA), Betong (BTG), Sarikei (SKEI), Sibu (SBU), Kapit (KPT), Bintulu (BTL) dan Limbang (LMBG) . Hasil penelitian menunjukkan bahawa bahasa Iban Purba Sarawak (IPS) memiliki enam fonem vokal *a, *a, *i, *u, *e, *o; tiga diftong *-uy, *-ay, *-aw dan sembilan belas konsonan, iaitu *p, *b, *t, *d, *k, *g, */, *s, *h, *1, *r, *m, *n, *0, *N, *dZ, *tS, *w, dan *y. Beberapa inovasi fonologi juga diperoleh apabila perbandingan dilakukan antara IPS dengan Bahasa Melayik Purba (BMP), iaitu i) BMP *h > IPS */; ii) BMP *-d > IPS *zero, iii) BMP *-g > IPS *zero, iv), dan BMP *r, *1 > IPS *r. Pada tahap morfologi wujud inovasi dan retensi antara IPS dan BMP, iaitu BMP *ni/di > IPS *ba/ dan morfem BMP *{une (N)}, *{be(R)} dan *ite(R)1 diretensi sepenuhnya dalam IPS. Berdasarkan dapatan daripada kajian ini membuktikan bahawa terdapat ikatan rapat antara BMP dengan IPS dapatan ini juga membuktikan bahawa Borneo adalah tanah air kedua umat Melayu setelah umat ini bermigrasi keluar daripada Taiwan.