Affiliations 

  • 1 Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman
  • 2 Universiti Pendidikan Sultan Idris
MyJurnal

Abstract

Selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) atau Project Based Learning (PBL) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006. Pada awalnya, implementasi kaedah PBP telah dimulakan di sekolah-sekolah bestari perdana. Ini merupakan tinjauan literatur yang membincangkan takrifan dan teori yang digunapakai dalam kaedah PBP. Selain itu, perbandingan kaedah PBP dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) atau Problem Based Learning (PBL) turut dibincangkan memandangkan kedua-dua kaedah ini menggunakan akronim yang sama dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan tinjauan literatur ini, didapati bahawa kaedah PBP mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, maka terpulang kepada budi bicara guru yang mengajar untuk mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran (P dan P) bersesuaian dengan kebolehan murid.