Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
Medicine & Health, 2020;15(2):297-305.
MyJurnal

Abstract

Kenaikan segmen ST di elektrod aVR elektrokardiografi di dalam kes diseksi aorta mempunyai risiko kematian yang tinggi. Ia melibatkan diseksi yang berlaku di akar aorta. Kami melaporkan kes pesakit lelaki muda yang menghidap penyakit darah tinggi, yang datang ke Jabatan Kecemasan dengan sakit dada dan sakit di bahagian kaki. Pemeriksaan fizikal pada bahagian bawah kiri anggota adalah konsisten dengan iskemia akut. Elektrokardiogram menunjukkan serangan jantung akut di bahagian elektrod anterolateral, dan kenaikan ST segmen di elektrod aVR. Ekokardiografi menunjukkan akar aorta yang berukuran 4.51 cm dan kehadiran flap intimal, meningkatkan kebarangkalian diseksi pada akar aorta dan arteri koronari. Tomography Computed Angiogram menunjukkan terdapat diseksi aorta dari akar aorta termasuk flap intimal berhampiran permulaan arteri koronari kiri, hingga ke arteri iliac utama ke arteri iliac kiri. Malangnya, pesakit memilih untuk tidak menjalani pembedahan dan akhirnya meninggal dunia selepas 48 jam di masukkan ke wad. Kes ini menjelaskan bahawa, dalam kes diseksi aorta yang hadir dengan sindrom 'malperfusion', kenaikan segmen ST pada elektrod aVR akan meningkatkan kebarangkalian terjadinya diseksi aorta yang teruk melibatkan akar aorta dan juga arteri koronari, yang menjadikan prognosis pesakit lebih teruk.