Stres di tempat kerja terjadi apabila keperluan kerja tidak sepadan dengan kebolehan, sumber, dan kehendak pekerja. Ia boleh memberi kesan ke atas psikologi dan fisiologi manusia. Seseorang individu yang berasa tertekan dengan kerja yang dilakukan akan menunjukkan kemurungan yang berpanjangan. Apabila rasa tertekan, psikologi akan terganggu dan pekerja gagal membuat keputusan dengan baik. Situasi ini boleh menjejaskan prestasi kerja mereka dan menggugat produktiviti organisasi. Masalah paling dibimbangi adalah stres di tempat kerja boleh menyebabkan penyakit berbahaya seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan melemahkan sistem pertahanan badan terhadap penyakit. Stres di tempat kerja juga boleh menyebabkan kemalangan di tempat kerja, peningkatan kos keselamatan dan kesihatan pekerjaan, gangguan trauma kumulatif, menjejaskan prestasi kerja serta mengganggu kehidupan sosial individu. Masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan akibat stres di tempat kerja seharusnya tidak diabaikan oleh organisasi kerana ia boleh menyebabkan sumber manusia sesebuah negara kehilangan daya saingnya. Sumber manusia yang berasa terancam akibat masalah keselamatan dan kesihatan akan gagal menggunakan sepenuhnya kreativiti mereka dan melakukan tugas pada tahap minimum. Fenomena ini seharusnya dibimbangi dalam persekitaran perniagaan masa kini yang sangat kompetitif. Di Malaysia, kajian yang berkaitan dengan stres seharusnya dipertingkatkan kerana kajian lepas terhadap stres di tempat kerja adalah tidak menyeluruh. Perkembangan ini sejajar dengan perubahan yang berlaku di persekitaran kerja seperti teknologi, sosial, ekonomi, undang-undang buruh dan seumpamanya. Kajian stres di tempat kerja perlu dijalankan kerana sumbangannya amat bernilai dalam menghasilkan sumber manusia yang lebih produktif dan berdaya saing.
Ergonomics management is a process that will have a significant, positive effect on a company’s profits through cost reduction, quality improvement, performance improvement and productivity enhancement. Also known as human factors of human engineering, it basically describes the interaction between an employee and his/her job functions, with the emphasis being on reducing unnecessary physical stress in the workplace. The goal of ergonomics is to enable workers to be more effective by matching the requirements and demands of the job to the abilities and limitations of the workers rather than trying to force the workers to fit the job. This paper theoretically describes the benefits of understanding the ergonomics to the workplace. The components and activities required to implement ergonomics management also have been discussed. Besides that, the practical approach of ergonomics has been described by giving practical workplace improvement suggested by scholars. By approaching work practices (stretching, reaching, and sitting) from an ergonomically correct point of view, a worker actually becomes stronger, healthier and more productive.