Displaying all 3 publications

Abstract:
Sort:
  1. Mohd Syuhaimi Ab Rahman, Hadi Guna, Shahbudin Shaari
    Sains Malaysiana, 2012;41:111-120.
    Kajian ini dijalankan untuk membangunkan pandu gelombang optik menggunakan bahan fotopeka silika terdop fosforus. Teknik penyalutan mejam menggunakan sumber berbentuk cecair iaitu tetraetil ortosilikat, asid fosforik dan juga PBF untuk menghasilkan pandu gelombang fotopeka silika terdop fosforus dan boron. Pada ketebalan antara 1 μm hingga 8 μm, modulasi indeks biasan yang ditunjukkan di dalam bahan fotopeka silika terdop fosforon-boron adala 1×10-14 pada ketebalan 3 μm hingga 8 μm. Semua ujian dan rawatan fotopeka dilakukan dengan menggunakan sumber UV 366 nm, 0.369 mW/cm2 pada kadar denyutan 50 Hz. Semua sampel menunjukkan penurunan nilai indeks di bawah dedahan ini. Tempoh dedahan yang diperlukan dengan menggunakan kuasa UV yang berkenaan adalah kira-kira 10 minit. Dengan menggunakan penyurih laser ArF atau KrF yang berkuasa 10 mW misalnya, tempoh dedahan yang diperlukan adalah cuma 20 hingga 30 saat untuk mengubah indeks biasan pandu gelombang. Selain daripada itu, proses pemampasan juga dimasukkan yang bertujuan untuk memperbetulkan semula prestasi akibat daripada kesan toleransi semasa proses simulasi. Bagi memberikan kecekapan dalam pengukuran indeks biasan dan ketebalan lapisan BPSG, satu program antara muka penggunaan grafik dibangunkan untuk mempercepatkan dan meningkatkan kejituan bacaan yang diukur daripada pengganding prisma manual.
  2. Mohd Syuhaimi Ab-Rahman, Hadi Guna, Mohd Hazwan Harun, Kasmiran Jumari
    Kajian ini dijalankan untuk membangunkan pencerai optik 1×12 berasaskan gentian optik polimer (POF) diperbuat daripada polimetil metakrilat (PMAA) sebagai media penghantar isyarat optik berprestasi tinggi. Pada asasnya, peranti optik ini mempunyai 1 pangkalan POF masukan dan 12 pangkalan POF keluaran dalam bentuk gentian terberkas. Banyak sistem yang menggandingkan atau menceraikan isyarat optik menerusi beberapa saluran yang berbeza-beza, yang masing-masing mempunyai kekangan yang tersendiri telah dipasarkan. Walau bagaimanapun, teknologi tersebut terlalu mahal untuk digunakan pada beberapa aplikasi tertentu. Tujuan utama peranti buatan tangan ini ialah untuk membangunkan pencerai optik berkos rendah menggunakan PMMA-POF bagi aplikasi pelbagai guna. Pengganding disuntik dengan diod pemancar cahaya (LED) berwarna merah dengan panjang gelombang 650 nm bagi menganalisis kecekapan kuasa pengganding. Kecekapan yang diperolehi mencapai sehingga 80% kuasa isyarat optik yang merentasi pencerai optik tersebut. Prestasi bagi pencerai optik buatan tangan ini masih dapat diperbaiki melalui latihan yang berterusan.
  3. Mohammad Syuhaimi Ab-Rahman, Latifah Sarah Supian, Hadi Guna, Nik Nur Syahirah Mohammad, Hwang IS, Afiq Hipni
    Sains Malaysiana, 2014;43:1743-1750.
    Gentian optik polimer (P0F) mempunyai banyak kelebihan dan banyak digunakan untuk komunikasi terutamanya dalam industri automotif. Komunikasi ini memerlukan maklumat yang banyak dihantar pada satu masa dengan kos yang rendah. Untuk itu pencerai 3x3 POF yang berkonsepkan pemultipleks bahagi jarak gelombang (wDM) yang berkos rendah dan berteknologi hijau difabrikasikan. Pencerai POF ini difabrikasikan dengan menggunakan alat yang murah dan mudah didapati, iaitu tiub besi dan lilM. Teknik fabrikasi yang digunakan adalah dengan memanaskan tiga lembar POF sehingga bahagian tengahnya mencair dan melakur sehingga mengecil dan memanjang berdiameter 1 mm. Pencerai 3x3 POF yang berjaya difabrikasi dicirikan dengan mengukur kehilangan POF sebelum dan selepas hujungnya diratakan dan digilap dengan dua jenis kertas pasir yang berlainan darjah kekasaran. Ini untuk melihat kesan gilapan pada kehilangan isyarat optik. Kehilangan pencerai PoF juga diukur pada suhu yang berbeza bagi melihat kesannya pada prestasi pencerai POF. Berdasarkan keputusan yang diperoleh, dapat dilihat bahawa kebersihan dan kerataan hujung POF memberi kesan kepada kehilangan dengan penurunan antara 0.3 hingga 5.0 dB. Suhu juga memberi kesan kepada kehilangan isyarat POF, walaupun tidak begitu ketara, dengan purata peningkatan kehilangan sebanyak 0.3 dB. Walaupun secara keseluruhannya nilai kehilangan dalam pencerai POF yang difabrikasi ini masih tinggi, prestasi ini dapat diperbaiki dengan penambahbaikan pada teknik pelakuran dan penggunaan alat yang lebih berkualiti. Teknik pemfabrikasi berkos rendah ini dipercayai boleh menghasilkan pencerai POF yang murah secara komersil, tetapi dengan kajian yang lebih mendalam pada teknik pelakuran, punca kehilangan dan cara meminimumkan kehilangan boleh diperoleh dan meningkatkan isyarat optik keluaran.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links