Displaying all 3 publications

Abstract:
Sort:
  1. Nur Syarina Asman, Azhar Abdul Halim, Marlia Mohd Hanafiah, Farah Diyana Ariffin
    Sains Malaysiana, 2017;46:1211-1219.
    SKajian ini bertujuan untuk menentukan tahap kualiti air hujan di dalam Sistem Penuaian Air Hujan iaitu MyRAWAS yang dibina di Kolej Kediaman Ungku Omar, UKM, Bangi. Parameter air hujan yang dikaji dibandingkan dengan Piawai Kualiti Air Kebangsaan Malaysia (NWQS) dan Piawai Kualiti Air Minum. Parameter yang diuji dalam analisis air hujan ialah suhu, pH, kekeruhan, jumlah pepejal terampai (TSS), oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD), permintaan oksigen kimia (COD), ammonia-nitrogen (NH3-N), Koliform Jumlah dan Escherichia coli. Hasil kajian mendapati bahawa kesemua bacaan parameter mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh Piawai Kualiti Air Kebangsaan Malaysia (NWQS) dan Piawai Air Minum Kebangsaan dengan purata nilai suhu, pH, kekeruhan, TSS, DO, BOD, COD dan NH3-N masing-masing berada pada julat 26.2˚C-28.6˚C, 6.18-6.36, 0.93-3.06 ntu, 1.0-4.6 mg/L, 6.21-8.29 mg/L, 0.21-0.43 mg/L, 3-7 mg/L dan 0.01-0.47 mg/L. Manakala bacaan Koliform Jumlah dan Escherichia coli berada di bawah had maksimum yang ditetapkan oleh Piawai Kualiti Air Minum. Berdasarkan Indeks Kualiti Air (IKA), kualiti air hujan di kawasan kajian berada pada kelas IIA bagi titik persampelan T1 dan T2 dan berubah menjadi kelas I selepas menjalani kaedah rawatan penapisan iaitu pada titik persampelan T3. Hasil kajian ini juga mendapati bahawa air tuaian hujan tersebut selamat untuk digunakan untuk aktiviti harian.
  2. Abdul Fattah Abu Bakar, Siti Nathasa Md Barkawi, Marlia Mohd. Hanafiah, Lee KE, Azhar Abdul Halim
    Sains Malaysiana, 2016;45:1509-1516.
    Keberkesanan rawatan air sisa industri automotif ditentukan dengan menggunakan kaedah penjerapan turus. Peratusan penyingkiran ammonia dan logam berat terpilih telah dikaji menggunakan pasir biasa dan pasir terubah suai secara kimia sebagai bahan penjerap. Dua model matematik iaitu Model Thomas serta Model Yoon-Nelson telah digunakan untuk menentukan kapasiti penjerapan maksimum ammonia. Peratusan penyingkiran ammonia menunjukkan pasir terubah suai secara kimia mencatatkan julat peratusan penyingkiran yang lebih tinggi iaitu 43.68% hingga 96.55% berbanding pasir biasa yang mencatatkan julat 0% hingga 89.66%. Logam berat zink, mangan, kromium, kuprum, arsenik, nikel, kobalt dan ferum mencatatkan peratusan penyingkiran antara 93% hingga 100% apabila menggunakan pasir terubah suai secara kimia manakala pasir biasa mencatatkan julat peratusan penyingkiran daripada 0.8% hingga 100%. Keputusan analisis menggunakan Model Thomas menunjukkan kapasiti penjerapan maksimum, qo ammonia menggunakan pasir terubah suai secara kimia (8.80 mg/g) adalah empat kali lebih tinggi daripada pasir biasa (2.57 mg/g) manakala masa bolos, t0.5 bahan penjerap yang ditentukan menggunakan Model Yoon dan Nelson mencatatkan masa tertinggi bagi pasir terubah suai secara kimia iaitu 30.18 min berbanding 9.57 min bagi pasir biasa. Kajian ini menunjukkan peratusan penyingkiran dan kapasiti penjerapan ammonia dan logam berat terpilih iaitu zink, mangan, kuprum, arsenik, nikel, kobalt dan ferum lebih tinggi bagi turus pasir terubah suai secara kimia berbanding pasir biasa.
  3. NurKhairlida Muhamad Khai, Khai EL, Mazlin Mokhta, Choo TG, Marlia Mohd Hanafiah, Chan PW, et al.
    Chemical industry is one of the important industries in the world. However, incidents happened due to the release of hazardous materials, toxic and poisonous chemicals in the chemical industries can cause fatal to human and destruction of the environment. Learning from the Bhopal disaster's experience, chemical industries have developed a program - Responsible Care, aiming to regain public trust through improving the environment, health and safety performances. Malaysia has adopted Responsible Care program since 1994 under the stewardship of the Chemical Industries Council of Malaysia (CICM). Six codes of management practices have been developed by the CICM, covering distribution, community awareness and emergency response, pollution prevention, process safety, employee health & safety and product stewardship. It has been more than 20 years since its inception. However, to date, there are only 125 companies have signed the pledge to adopt Responsible Care program. The CICM has also conducted several initiatives to encourage participation of chemical companies to adopt Responsible Care program in Malaysia. Therefore, it is the aim of this paper to review the current status of Responsible Care program in Malaysia and also deliberate the way forward of this program.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links