Abstract

Hablur fotonik menjadi tarikan dalam bidang sains dan teknologi berikutan cirinya yang unik. Kajian ini bertujuan untuk menentukan struktur jalur hablur fotonik akibat perubahan saiz nanorod silikon. Kajian dijalankan dengan menggunakan perisian Bandsolve RSoft. Perisian ini menggunakan pendekatan Plane Wave Expansion Method (PWEM) bagi mengira struktur jalur fotonik. Saiz nanorod silikon yang digunakan adalah dari 0.5 μm hingga 0.05 μm. Hasil yang didapati menunjukkan hanya pada saiz 0.1 μm sehingga 0.4 μm sahaja yang mempamerkan kawasan jalur terlarang.