Sains Malaysiana, 2011;40:1307-1312.

Abstract

Bidang ortopedik pada masa kini menjadi semakin penting kerana bilangan pesakit yang menghidapi penyakit ‘osteoporosis’ meningkat setiap tahun. Cara pengecaman secara konvensional masih digunakan untuk mencari implan yang sesuai bagi pesakit. Oleh itu satu kaedah secara digital perlu dibangunkan supaya proses pengecaman saiz implan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kertas ini menunjukkan bagaimana implan sendi pinggul direka bentuk untuk digunakan dalam persekitaran digital. Templat implan yang digunakan secara manual oleh pihak PPUKM telah digunakan sebagai asas kepada reka bentuk implan sendi pinggul. Templat ini direka bentuk semula dengan menggunakan perisian AutoCad 2008. Templat yang dihasilkan dalam format AutoCAD ditukarkan ke format imej JPEG supaya ia boleh digunakan dalam perisian Photoshop untuk tujuan pewarnaan dan penskalaan. Implan digital ini kemudiannya telah diuji dengan menggunakan imej sinar-X pesakit yang disediakan oleh PPUKM. Keputusan menunjukkan implan sendi pinggul digital yang dihasilkan sangat sesuai dan boleh digunakan dalam persekitaran digital.