Displaying all 3 publications

Abstract:
Sort:
  1. Riza Sulaiman, Prabuwono AS, Kurniawan D, Syaimak Abdul Shukor
    Kertas kerja ini membincangkan rekabentuk dan implementasi Programmable Logic Controller (PLC) untuk aplikasi miniatur pembuatan pembotolan (Modular Automation Production System - MAPS). PLC digunakan untuk menjalankan sistem supaya bekerja secara automatik dan digunakan untuk aplikasi sistem yang berulang. Penggunaan PLC dalam industri bertujuan meminimumkan kos pengeluaran, meningkatkan produktiviti, meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan sistem. Rekabentuk dan implementasi sistem automasi dilakukan dengan menggunakan MAPS. MAPS adalah suatu sistem modular yang dibangunkan dengan menggunakan beberapa stesen menjadi sistem terintegrasi. Di dalam kajian ini, MAPS digunakan sebagai miniatur pengeluaran pembotolan yang sebenar dan merupakan integrasi beberapa sistem iaitu PLC, pengesan, pneumatik, mekanik, elektronik dan sistem kawalan.
  2. Sophia Jamila Zahra, Riza Sulaiman, Anton Satria Prabuwono, Seyed Mostafa Mousavi Kahaki
    MyJurnal
    Feature descriptor for image retrieval has emerged as an important part of computer vision and image analysis application. In the last decades, researchers have used algorithms to generate effective, efficient and steady methods in image processing, particularly shape representation, matching and leaf retrieval. Existing leaf retrieval methods are insufficient to achieve an adequate retrieval rate due to the inherent difficulties related to available shape descriptors of different leaf images. Shape analysis and comparison for plant leaf retrieval are investigated in this study. Different image features may result in different significance interpretation of images, even though they come from almost similarly shaped of images. A new image transform, known as harmonic mean projection transform (HMPT), is proposed in this study as a feature descriptor method to extract leaf features. By using harmonic mean function, the signal carries information of greater importance is considered in signal acquisition. The selected image is extracted from the whole region where all the pixels are considered to get a set of features. Results indicate better classification rates when compared with other classification methods.
  3. Riza Sulaiman, Azrulhizam Shapi’i, Mohammad Khatim Hasan, Anton Satria Parbuwono, Abdul Yazid Mohd Kassim, Hamzaini Abd Hamid
    Sains Malaysiana, 2011;40:1307-1312.
    Bidang ortopedik pada masa kini menjadi semakin penting kerana bilangan pesakit yang menghidapi penyakit ‘osteoporosis’ meningkat setiap tahun. Cara pengecaman secara konvensional masih digunakan untuk mencari implan yang sesuai bagi pesakit. Oleh itu satu kaedah secara digital perlu dibangunkan supaya proses pengecaman saiz implan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Kertas ini menunjukkan bagaimana implan sendi pinggul direka bentuk untuk digunakan dalam persekitaran digital. Templat implan yang digunakan secara manual oleh pihak PPUKM telah digunakan sebagai asas kepada reka bentuk implan sendi pinggul. Templat ini direka bentuk semula dengan menggunakan perisian AutoCad 2008. Templat yang dihasilkan dalam format AutoCAD ditukarkan ke format imej JPEG supaya ia boleh digunakan dalam perisian Photoshop untuk tujuan pewarnaan dan penskalaan. Implan digital ini kemudiannya telah diuji dengan menggunakan imej sinar-X pesakit yang disediakan oleh PPUKM. Keputusan menunjukkan implan sendi pinggul digital yang dihasilkan sangat sesuai dan boleh digunakan dalam persekitaran digital.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links