Sains Malaysiana, 2012;41:1587-1593.

Abstract

Hidrogen merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan efektif. Hidrogen boleh dihasilkan melalui fotofermentasi oleh bakteria ungu tanpa sulfur seperti Rhodobacter sphaeroides disebabkan kebolehan yang tinggi dalam menghasilkan hidrogen dalam keadaan anaerobik. Dalam kajian ini, bakteria dieram di dalam botol serum 100 mL dalam keadaan anaerobik. Kajian ini bertujuan untuk memaksimumkan penghasilan hidrogen oleh Rhodobacter sphaeroides NCIMB 8253 yang melibatkan kajian mengenai inokulum dalam keadaan aerobik dan anaerobik, kesan pH awal dan kesan keamatan cahaya terhadap penghasilan hidrogen. Daripada uji kaji yang dilakukan, didapati bahawa inokulum yang dieram pada keadaan anaerobik menghasilkan hidrogen tertinggi iaitu 220.5 mL/g substrat. pH 7 adalah pH yang paling sesuai digunakan untuk penghasilan hidrogen. Keamatan cahaya 5,000 lux adalah nilai optimum yang dapat memberikan penghasilan hidrogen tertinggi iaitu 80.21 mL hidrogen dengan hasil hidrogen 401.04 mL/g substrat. Penghasilan hidrogen didapati semakin menurun pada keamatan cahaya yang lebih tinggi daripada 5,000 lux.