Sains Malaysiana, 2012;41:431-437.

Abstract

Ciri inokulum bagi pengkulturan kulat oleaginus pencilan tempatan, Cunninghamella bainieri 2A1 dibangunkan dengan mengenal pasti kesan jenis, umur dan saiz inokulum terhadap pertumbuhan, penghasilan lipid dan GLA. Pengkulturan dijalankan pada suhu 30ºC dengan kadar goncangan 250 rpm dalam kelalang goncangan 500 mL yang mengandungi 200 mL medium terhad nitrogen. Inokulum spora didapati lebih sesuai berdasarkan produktiviti penghasilan lipid yang tinggi iaitu 0.71 (g/L/hari) berbanding penggunaan inokulum sel vegetatif vegetatif 24 jam dan 48 jam yang masingmasing memberikan produktiviti hanya 0.51 dan 0.45 (g/L/hari). Selain itu, penghasilan GLA (5.3 × 10-2 g/g biojisim tanpa lipid) dalam kultur yang dimulakan dengan inokulum spora (1 × 105 spora/mL) didapati lebih tinggi sebanyak 23% berbanding inokulum sel vegetatif. Kepekatan spora sebanyak 1 × 103 spora/mL menghasilkan morfologi pellet bersaiz 1.04 mm dan berkadaran dengan kandungan lipid dan GLA masing-masing sebanyak 40% (g/g biojisim) dan 8.34 × 10-2 (g/g biojisim tanpa lipid).