Affiliations 

  • 1 Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang,
Medicine & Health, 2020;15(1):18-33.
MyJurnal

Abstract

Kejatuhan adalah isu kesihatan yang sering dikaitkan dengan warga emas di seluruh dunia. Kejatuhan boleh menyebabkan kesan negatif pada individu dan juga menyebabkan kematian dalam kes tertentu. Kajian semasa kejatuhan adalah amat terhad di Malaysia. Tujuan kajian ini adalah untuk merumuskan kajian semasa yang dijalankan di Malaysia yang mengenai prevalens dan ciri-cirinya. Artikel telah dikenalpasti melalui menggunakan pangkalan data elektronik berikut: EBSCOhost, ClinicalKey, ScienceDirect, Wiley Online Library, SpringerLink dan Google Scholar. Pemilihan artikel adalah terhad kepada artikel bahasa Inggeris yang diterbitkan antara tahun 2013 hingga 2019. Kajian ini menilai golongan warga emas yang berumur 60 tahun ke atas; sama ada di kediaman, komuniti atau institut perubatan. Sembilan artikel yang berkaitan telah dikenalpasti dan disiasat. Hasil kajian menunjukkan variasi yang ketara dengan julat 4-74 % dalam prevalens kejatuhan di kalangan warga emas di Malaysia. Salah satu kajian yang dijalankan dalam komuniti menunjukkan prevalens kejatuhan yang lebih rendah. Majoriti peristiwa kejatuhan berlaku pada waktu pagi seperti yang dilaporkan oleh tiga kajian iaitu sebanyak 49%-64.7%. Kejatuhan dalam kawasan bangunan adalah jumlah tertinggi lokasi jatuh dengan 50-87% manakala di luar bangunan adalah 13-49.3%. Lokasi di bilik mandi / tandas mempunyai peratusan kejatuhan tertinggi dalam bangunan. Kejatuhan yang menyebabkan kecederaan adalah antara 47% -82%. Perubahan pada prevalens kejatuhan dalam warga emas ditentukan oleh faktor-faktor seperti lokasi dan keadaan kesihatan. Maklumat yang dikumpulkan dalam kajian ini menunjukkan terdapat kekurangan alat ukur piawai bagi mengkaji ciri-ciri kejatuhan di Malaysia. Kajian prospektif diperlukan untuk menubuhkan prevalens dan hubungan faktor-kesan kejatuhan di Malaysia.