Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 2 Institut Sukan Negara Malaysia
MyJurnal

Abstract

Fungsi penglihatan dipengaruhi oleh proses penuaan dan tanpa intervensi yang bersesuaian boleh mengakibatkan kemerosotan tahap penglihatan. Keadaan ini jika berterusan akan mengakibatkan kesukaran melakukan aktiviti kehidupan seharian dan memberi kesan kepada kualiti hidup kepada warga emas. Kajian ini mengkaji kesan gangguan penglihatan terhadap aktiviti harian dan kualiti hidup warga emas. Ukuran yang dilakukan ialah tahap penglihatan jauh menggunakan carta LogMAR untuk menilai gangguan penglihatan. Ujian kualiti hidup dilaksanakan menggunakan soalan kualiti hidup penglihatan terhad (LVQOL) dan ujian keupayaan melakukan aktiviti harian menggunakan indeks Barthel (BI). Dapatan kajian menunjukkan bahawa gangguan fungsi penglihatan bertambah teruk dengan peningkatan umur, begitu juga didapati bahawa BI berkurangan apabila fungsi penglihatan merosot. Skor kualiti hidup LVQOL pula berkurangan bersama-sama kemerosotan tahap penglihatan. Tiga puluh lima peratus warga emas dalam kajian ini memerlukan intervensi optometri dan penglihatan terhad, Kesimpulannya, kemerosotan tahap fungsi penglihatan di kalangan warga emas boleh menyebabkan penurunan keupayaan dalam melakukan aktiviti harian. Di samping itu, akuiti visual yang tidak dibetulkan akan menyebabkan penurunan kualiti hidup warga emas.