Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
MyJurnal

Abstract

Kefungsian mobiliti dalam kalangan populasi warga emas merupakan elemen yang penting bagi kualiti hidup yang
lebih bermakna. Penilaian adalah penting untuk memastikan langkah-langkah sewajarnya boleh diambil demi
mengesan perubahan dalam kefungsian mobiliti. Terdapat pelbagai jenis penilaian mobiliti namun kebanyakan
kajian kebolehpercayaan ulang semula alat penilaian ini adalah berdasarkan kajian luar negara. Oleh itu, kajian
ini adalah untuk menentukan kebolehpercayaan tiga alat penilaian status kefungsian mobiliti terutama aktiviti fizikal
dalam kalangan warga emas. Seramai 60 orang warga emas dengan min umur 76.32 tahun dan sisihan piawai 8.66
terlibat dalam kajian kebolehpercayaan uji-ulang semula bagi tiga jenis alat penilaian; Ujian Berjalan Enam Minit
[Six-Minute Walk Test (6MWT)], Ujian Bangun dan Berjalan [Timed Up and Go Test (TUG)], Ujian Duduk-Berdiri [Sitto-Stand
Test (STS)]. Bacaan di ambil sebanyak dua kali dengan selang masa seminggu antara penilaian pertama dan
kedua. Korelasi Intra-Kelas [Intraclass Correlation (ICC)], Had Keserasian [Limits of Agreement (LOA)] dan Ralat
Pengukuran Piawai [Standard Error of Measurement (SEM)] dan diikuti kombinasi ketiga-tiga kaedah telah digunakan
dalam analisa data. Hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga alat penilaian menggunakan metodologi analisis statistik
ICC, LOA, SEM dan kombinasi ketiga-tiga metodologi tersebut menunjukkan nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Nilai
ICC bagi kesemua alat penilaian aktiviti melebihi 0.90 (ICC=0.94-0.99). Graf LOA menunjukkan wujudnya suatu tahap
kebolehpercayaan bagi kesemua alat penilaian aktiviti manakala peratus SEM pula merekodkan nilai kurang dari
10% (SEM%=0.95%-9.95%). Kesimpulannya, ketiga-tiga alat penilaian mempunyai ketekalan yang tinggi dan sesuai
digunakan sebagai salah satu alat penilaian kefungsian mobiliti bagi warga emas di Malaysia.