Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
MyJurnal

Abstract

Bunga rafflesia cantleyi Solms-Laubach merupakan salah satu jenis tumbuhan liar boleh ditemui di hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia dan digunakan secara meluas dalam ubatan tradisional. Objektif utama dalam kajian ini adalah untuk menguji keberkesanan ekstrak tumbuhan ini sebagai agen aktiviti antibakteria. rafflesia cantleyi Solms-Laubach diesktrak dengan menggunakan tiga kaedah pengekstrakkan berperingkat iaitu petroleum eter (PE) diikuti dengan etil asetat (EA) dan berakhir dengan etanol. Kesemua ekstrak ini kemudiannya diuji terhadap beberapa bakteria ujian iaitu Staphylococcus aureus ATCC 25923, Staphylococcus epidermidis, Escherichia coli ATCC 25922 dan Salmonella typhimurium dengan menggunakan kaedah resapan telaga. Hasil keputusan menunjukkan ekstrak etil asetat dan etanol mempunyai kesan perencatan bakteria yang baik, manakala ekstrak petroleum eter langsung tidak menunjukkan sebarang aktiviti antibakteria. Hasil kajian juga mendapati bahawa ekstrak etil asetat lebih ketara merencat kesemua bakteria yang diuji berbanding dengan ekstrak ethanol. Dua ujian lain yang dijalankan iaitu ujian penentuan nilai kepekatan perencatan minimum (MIC) dan nilai kepekatan minimum bakterisidal (MBC) didapati menyokong keputusan ujian kaedah resapan telaga di mana nilai MIC yang diperoleh bagi ekstrak etil asetat adalah lebih rendah iaitu dalam julat 6.25 hingga 12.5 mg/ml dan nilai MBC pula dalam julat 25.0 hingga 50.0 mg/ml berbanding ekstrak etanol dengan nilai MIC yang lebih besar iaitu dalam julat 25.0 hingga 50.0 mg/ml dan nilai MBCnya adalah 100.0 mg/ml.