Kajian keberkesanan sifat antimikrob ekstrak kacangma dijalankan menggunakan ujian resapan cakera dan ujian perencatan langsung. Hasil menunjukkan ekstrak etanol dengan kepekatan 50 dan 100 mg/mL merencat Staphylococcus aureus. Bagi ekstrak air, kepekatan 10, 25, 50 dan 100 mg/mL merencat Aspergillus niger, 25, 50 dan 100 mg/mL dapat merencat Saccharomyces cerevisae dan kepekatan 100 mg/mL dapat merencat Staphylococcus aureus. Perlakuan suhu yang berbeza ke atas ekstrak dalam ujian perencatan langsung tidak menunjukkan sebarang perbezaan ke atas perencatan mikroorganisma yang dikaji.