Affiliations 

  • 1 Universiti Sains Malaysia
Medicine & Health, 2017;12(1):34-41.
MyJurnal

Abstract

Euphorbia tirucalli dilaporkan mempunyai aktiviti antibakteria terhadap pelbagai
mikroorganisma. Kajian in vitro ini bertujuan untuk menilai ciri-ciri antibakteria
ekstrak (metanol, etanol dan ekstrak akueus) batang Euphorbia tirucalli terhadap
bakteria yang berkaitan dengan karies gigi, iaitu Streptococcus mutans (S. mutans)
dan Streptococcus sobrinus (S. sobrinus). Sifat-sifat antibakteria telah ditentukan
menggunakan ujian resapan agar berlubang pada kepekatan ekstrak yang berbeza
(10, 20 dan 30 mg/ml). Komersial amoxicillin (10 µg) telah digunakan sebagai
kawalan positif manakala pelarut yang sesuai telah digunakan sebagai kawalan
negatif. Ekstrak metanol dan ethanol daripada batang Euphorbia tirucalli didapati
berkesan terhadap S. mutans dan S. sobrinus. Walau bagaimanapun, ekstrak akueus
batang Euphorbia tirucalli tidak menunjukkan aktiviti terhadap kedua-dua strain
bakteria. Perbezaan dalam ciri-ciri antibakteria dalam perbezaan ekstrak Euphorbia
tirucalli mungkin disebabkan oleh perbezaan dalam juzuk fitokimia.