Perbezaan penjagaan kesihatan di antara orang-orang kurang upaya intelektual dan penduduk umum adalah jelas. Olimpik Khusus Indonesia (SOIna) adalah organisasi NGO yang berkaitan dengan kegiatan olahraga olimpik sedunia yang berkesempatan bekerja dengan warga kurang upaya intelektual. Kajian ini dilakukan untuk mengukur prevalen pereputan karies dan gingivitis di kalangan atlet-atlet Indonesia yang kurang upaya intelek. Jumlah peserta yang terlibat adalah 1452 atlet daripada 11 wilayah (Jawa Timur, Bali, Selatan Sabah, Utara Sumatera, Nusa Tenggara Timur, Kalimantan tengah, DKI, Jawa Barat, Yogyakarta, Nusa Tenggara Barat, Banten) di Indonesia. Pengumpulan data bermula dari tahun 2004 hingga 2009. Setiap tahun pengambilan data minimum dilakukan di dua wilayah yang berbeza. Purata usia atlet adalah 15.04 ± 4,62 tahun. 77.6% atlet mengalami rasa nyeri di rongga mulut kerana karies yang tidak dirawat. Karies tertinggi dijumpai pada atlet yang tinggal di pulau Jawa (81.5% Yogyakarta; Jawa Barat 83.8%. DKI Jakarta 80.2%, dan Jawa Timur 83.5%) berbanding dengan atlet yang tinggal di luar pulau Jawa. Secara umumnya prevalens inflamasi gusi pada atlet kurang upaya intelektual adalah 29.47%. Atlet dari wilayah DKI Jakarta menunjukkan prevalen inflamasi gusi tertinggi iaitu 51.04% berbanding dengan atlet daripada wilayah Nusa Tenggara Barat dengan 14.84%. Berdasarkan hasil tersebut, prevalen karies dan gingivitis adalah tinggi. Atlet yang tinggal di pulau Jawa mengalami kerosakan gigi yang tidak dirawat dan inflamasi gusi yang lebih tinggi berbanding dengan atlet yang tinggal di luar pulau Jawa.