Affiliations 

  • 1 Universiti Malaysia Sabah
MyJurnal

Abstract

Pada era globalisasi ini, pembangunan negara tidak dapat diseimbangkan dengan baik memandangkan pembangunan fizikal semakin lebih pesat berbanding pembangunan sosial, terutamanya di bandarbandar besar yang sedang membangun. Oleh sebab itu, pembangunan sosial haruslah diambil perhatian supaya pembangunan fizikal dan sosial dapat dibangunkan dengan seimbang dan juga seiring. Dasar Sosial negara turut memberikan penekanan kepada aspek sosial, ekonomi dan teknologi. Di Malaysia, kajian yang melibatkan pembangunan sosial kanak-kanak dalam mewujudkan kesejahteraan sosial di kawasan perumahan adalah kurang diambil perhatian oleh para penyelidik. Maka, kajian ini dilakukan untuk membincangkan mengenai kesejahteraan sosial masyarakat bandar di kawasan perumahan. Kertas kerja ini membincangkan mengenai dua perkara penting dalam perancangan bandar iaitu perancangan sosial dan kesejahteraan sosial bandar. Kaedah kajian yang digunakan adalah berdasarkan kepada penelitian terhadap kajian-kajian lepas dan dan juga meneliti Pelan Struktur Sabah 2033 yang diperolehi daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah negeri Sabah serta temubual berstruktur bersama pegawai Jabatan Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah negeri Sabah . Hasil kajian ini menunjukkan bahawa perancangan sosial yang baik dapat memberikan impak yang cukup besar dalam mewujudkan kesejahteraan sosial masyarakat bandar. Taman permainan juga telah dikenalpasti mampu memberikan kesan positif kepada kesejahteraan sosial masyarakat bandar di kawasan perumahan. Hal ini kerana, taman permainan berperanan sebagai tempat pertemuan sosial, iaitu tempat berkumpul dan saling mengenali antara ibu bapa dan juga anak-anak jiran tertangga.