Affiliations 

  • 1 Universiti Malaysia Terengganu
MyJurnal

Abstract

Penggunaan beg plastik sangat popular di seluruh dunia. Di Malaysia beg plastik menjadi keperluan masyarakat terutama dalam proses jual beli. Peningkatan itu sekaligus mewujudkan kebimbangan bagi pemain utama seperti kerajaan persekutuan yang berperanan menggerak dan memperjuangkan kelestarian alam sekitar. Kempen bebas beg plastik merupakan kempen yang kerap dilaungkan dalam menggubah budaya penggunaan plastik dalam kehidupan seharian. Menerusi pelaksanaan kempen bebas beg plastik yang dijalankan di seluruh negeri khususnya di Kuantan, Pahang, maka kajian ini dapat mengkaji rangkaian pemain utama dengan menggunakan kaedah kualitatif temubual melalui Analisis Rangkaian Sosial (ARS). Secara khususnya, rangkaian tadbir berjaya memaparkan pelbagai saliran berkaitan komunikasi dan kerjasama antara pemain utama. Struktur berpusat didapati menjadi asbab kepada kapasiti terhad dalam menyelaraskan tindakan bersama. Temubual yang mendalam menunjukkan kepentingan kedudukan pemain utama dalam rangkaian tindakan bersama memudahkan pihak terlibat. Hasil kajian menunjukkan peluang lebih berkesan dan realistik jika diselaras hukuman dan tindakan di peringkat persekutuan dengan kerjasama Majlis Perbandaran, Jabatan Alam Sekitar, institusi penyelidikan, organisasi perniagaan dan pemain lain yang berkaitan. Justeru, kajian akan datang harus memperkasakan pendidikan dalam kalangan masyarakat dari setiap lapisan umur, kaum dan agama serta budaya. Malah, penerokaan terhadap keberkesanan penyampaian dan penerangan maklumat perlu divisualkan secara jelas oleh pihak berkepentingan dalam usaha mensifarkan penggunaan beg plastik di Malaysia.