Affiliations 

  • 1 Universiti Teknologi MARA
MyJurnal

Abstract

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk mengetahui hubungan, kesan ekonomi semasa dan faktor pencemaran terhadap modal, perbelanjaan terhadap pertumbuhan ekonomi terutamanya kepada Malaysia dan dibandingkan dengan negara seperti Jepun, Singapura dan Zimbabwe. Persoalan utama adalah sama ada modal dan perbelanjaan dapat berterusan menyumbangkan kepada pertumbuhan ekonomi ataupun tidak. Untuk mengkaji perhubungan, kami gunakan Test Unit Root (TUR); Augmented Dickey-Fuller Method (ADF), Phillip-Perron Test (PP) dan Kwiatkowski-Phillip-Schmidt-Shin (KPSS), Test Johansen Cointegration (TJC), diikuti Vector Error Correction Model (VECM) dan akhir sekali Test Granger Causality (TGC). Tujuan pengujian ini adalah untuk mengukur perhubungan, kestabilan dan kesahihan model. Kedua, untuk mengkaji kesan impak ekonomi kami gunakan Impulse Respond dan ujian Variance Decomposition yang menyelidik kesan berapa banyak dan berapa panjang model bertindakbalas kepada kesan Kegawatan Ekonomi Asia pada 1997 dan Kesan Serangan Pengganas di Amerika Syarikat pada September 2011. Ketiga kami juga megukur kesan perbelanjaan isi rumah dan kerajaan terhadap alam persekitaran. Kertas kerja ini mendapati, ia menyokong idea modal penjana pertumbuhan tetapi natijah perbelanjaan penjana pertumbuhan adalah berbeda mengikut tahap pertumbuhan. Di mana Malaysia dan Singapura menyokong sepenuhnya tetapi Jepun dan Zimbabwe hanya menyokong separa sahaja. Apabila kami mengukur impak kesan ekonomi pula, di dapati pada negara Zimbabwe tiada kesan antara krisis pada tahun 1997 ataupun pada 2001. Tetapi impak pada negara seperti Jepun, Malaysia dan Singapura pula berhadapan dalam posisi tidak baik pada krisis tahun 1997 tetapi keadaan yang baik pula pada krisis tahun 2001. Akhir sekali kami juga bangunkan theori pencemaran dimana untuk negara Zimbabwe ke semua pembolehubah seperti Perbelanjaan isi rumah (HC), Perbelanjaan Kerajaan (GC) dan Modal Tetap Kasar (GFC) tidak mempengaruhi pencemaran iaitu Karbon Dioksida (CO2). Tetapi natijah untuk negara Malaysia dan Singapura pula hanya HC mencipta CO2, tidak untuk GC dan GFC. Dan pengakhiran sekali Negara Jepun pula semua pembolehubah seperti GC,HC dan GFC mencipta pencemaran. Kesimpulannya krisis yang berlaku pada negara Amerika Syarikat pada tahun 2001 memberi kesan terus pada Negara Amerika tetapi tidak pada negara seperti Malaysia, Jepun dan Singapura, walhal negara-negara ini menadapat lambakan di dalam pasaran modal akibat perubahan ketidaktentuan dalam ekonomi Amerika seterusnya meningkatkan secara langsung Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP). Walaubagaimanapun negara Zimbabwe tidak mempunyai kesan langsung sama ada sebelum atupun selepas masalah krisis ekonomi ini. Apabila kertas kerja ini mengkaji daripada sudut pembangunan lestari didapati Negara Zimbabwe seperti HC dan GC tidaklah mencemar seperti negara Malaysia dan Singapura yang menunjukkan HC punca pencemaran dan bukannya GC yang mungkin disebabkan skala ekonominya yang lebih kecil. Untuk negara Jepun pula disebabkan negara ini mempunyai skala ekonomi yang lebih besar HC dan GC adalah agen kepada pencemaran. Implikasinya model ini sepatutnya diambil kira dalam pembuat keputusan terutamanya untuk meninkatkan pertumbuhan ekonomi.