A total of 13 samples of sausages were analyzed for proximate composition and mineral (sodium, calcium, potassium, phosphorus and iron) content. The sausages were of UKM formulation, local brand and imported brand. Results from proximate analyses indicated water content ranged between 58.18Â-71.30g/100g, protein 11.4-16.52g/100g, fat 8.19-22.87g/100g, carbohydrate 2.00-10.2g/100g, ash 1.52-2.99g/100g and fiber 0.69-2. 199/100g. In comparing the three groups of sausages no significant differences were found for water, fat and carbohydrate contents, while the ash and protein contents of the local brand were lower (p<0.05) compared to the other two formulaÂtions. UKM formulated sausages contain the least fibre. Overall the average values for sodium and phosphorus of local brand sausages were found to be lowest while calcium, potassium and iron were lowest for UKM formulated sausages.
Tiga belas jenis sosej ayam telah dianalisis untuk komposisi proksimat dan kandungan mineral (natrium, kalsium, kalium, fosforus, ferum). Sosej ini ialah sosej formulasi UKM, sosej tempatan dan sosej import. Dari keputusan analisis proksimat, didapati kandungan air berjulat di antara 58.18-71.30g/ 100g, protein 11.4 -16.52 g/100g, lemak 8.19-22.87g/100g, karbohidrat 2.00Â-10.2g/100g, abu 1.52-2.99g/100g dan gentian 0.67-2.19g/100g. Apabila dibandingkan di antara tiga kumpulan sosej didapati tiada perbezaan bererti (p<0.05) bagi air, lemak dan karbohidrat sementara kandungan abu dan protein sosej tempatan adalah terendah berbanding sosej formulasi UKM dan import. Manakala bagi kandungan gentian pula, sosej formulasi UKM adalah paling rendah. Secara keseluruhan, purata kandungan mineral natrium dan fosforus didapati paling rendah bagi sosej tempatan manakala kandungan kalsium, kalium dan ferum pula adalah terendah bagi sosej formulasi UKM.
Kehilangan jisim tulang adalah lebih ketara selepas menopaus. Jangka masa menopaus dan umur yang meningkat dikaitkan dengan penurunan jisim tubuh tanpa lemak, peningkatan lemak badan dan peningkatan berat badan. Kajian ini melihat sumbangan relatif jisim tubuh tanpa lemak dan lemak badan ke atas ketumpatan mineral tulang (KMT) di kalangan 139 wanita Cina posmenopaus sihat di Kuala Lumpur. KMT di kawasan seluruh tubuh, tulang belakang ( L2-L4), leher femur dan keseluruhan tulang pinggul diukur dengan alat dual-energy X-ray absorptiometry (DxA). Hasil kajian mendapati 80% daripada wanita posmenopaus Cina mempunyai jisim tulang yang rendah (osteopenia) manakala 8% daripada mereka mengalami osteoporosis di bahagian tulang belakang atau tulang pinggul. Secara keseluruhan, lemak badan mempunyai korelasi yang positif dengan KMT di semua bahagian diukur (keseluruhan tubuh, r = 0.265, p < 0.001; tulang belakang r = 0.214, p < 0.05, leher femur, r = 0.254, p < 0.001; keseluruhan tulang pinggul r = 0.332, p < 0.001). Jisim tubuh tanpa lemak juga mempunyai korelasi yang positif dengan KMT kebanyakan kawasan diukur (keseluruhan tubuh, r = 0.239, p < 0.001; leher femur r = 0.365, p < 0.001; keseluruhan tulang pinggul r = 0.352, p < 0.001) kecuali tulang belakang. Analisis regresi menunjukkan lemak badan dapat meramal KMT pada keseluruhan badan (p < 0.0001) dan tulang belakang (p < 0.005) manakala jisim tubuh tanpa lemak dapat meramal KMT pada tulang femur dan tulang pinggul (p < 0.0001). Hasil kajian menunjukkan kedua-dua lemak tubuh dan jisim tubuh tanpa lemak memainkan peranan dalam mempengaruhi KMT, di mana lemak badan memainkan peranan yang lebih di kalangan wanita posmenopaus. Oleh itu, wanita posmenopaus perlu elakkan mempunyai berat badan yang terlalu rendah (kurang lemak badan) dan mengekalkan jisim tubuh tanpa lemak untuk mencegah osteoporosis.