Displaying publications 21 - 22 of 22 in total

Abstract:
Sort:
  1. Lee TT, Kamisah Osman
    Sains Malaysiana, 2012;41:1301-1307.
    Tajuk Elektrokimia didapati sukar dipelajari kerana konsep abstrak yang melibatkan tahap perwakilan makroskopik, mikroskopik dan simbolik. Kajian lepas menunjukkan bahawa animasi dan simulasi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) boleh membantu pelajar membayangkan dan seterusnya memperkuatkan pemahaman mereka dalam mempelajari tajuk kimia yang abstrak. Ekoran daripada itu, modul multimedia interaktif dengan agen pedagogi (MMIAP) yang dinamakan Makmal EK (Elektrokimia) dibangunkan dalam usaha membantu pelajar dalam mempelajari Elektrokimia. Reka bentuk penyiasatan kuasi eksperimen dengan ujian pra/pos kumpulan kawalan tidak setara dijalankan dalam usaha untuk menilai keberkesanan MMIAP Makmal EK terhadap pemahaman konsep pelajar dalam mempelajari elektrokimia. Seramai 127 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Setiap sekolah mempunyai sebuah kumpulan rawatan dan sebuah kumpulan kawalan yang diajar oleh guru kimia yang sama. Ujian pencapaian pra dan pos diberikan untuk menilai pemahaman konsep Elektrokimia pelajar sebelum dan selepas mempelajari kimia. Hasil kajian menunjukkan bahawa intervensi seperti yang direkabentuk dalam kajian menghasilkan perbezaan yang bererti antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam memahami konsep Elekotrokimia.
    Matched MeSH terms: Thoracica
  2. Hani Nabilia Muhd Sahimi, Chubo, John Keen, Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah, Noor Bahiah Saripuddin, Siti Sarah Ab Rahim
    Trop Life Sci Res, 2018;29(1):139-154.
    MyJurnal
    Tarsius bancanus borneanus (kera hantu) pertama kali dicam oleh Elliot pada
    tahun 1990 merupakan spesies endemik yang boleh ditemui di kepulauan Borneo yang
    terdiri dari Sabah dan Sarawak (Malaysia), Brunei Darussalam dan Kalimantan, Indonesia.
    Sub-spesies ini telah disenaraikan sebagai haiwan yang terlindung sepenuhnya di bawah
    Ordinan Perlindungan Hidupan Liar Sarawak (1998) dan disenaraikan sebagai spesies
    yang terdedah kepada kepupusan oleh IUCN. Kajian ini telah dijalankan di Universiti Putra
    Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB), dari Oktober 2014 hingga Mac 2015. Menerusi
    persampelan tangkap-lepas yang meliputi kawasan seluas 37 ha hutan sekunder dan 7.13
    ha hutan yang dipulihara, sebanyak 16 ekor kera hantu telah ditangkap menggunakan jaring
    kabut manakala seekor kera hantu telah berjaya ditangkap semula. Kepadatan populasi
    kera hantu yang ditangkap menggunakan jaring kabut di dalam hutan sekunder adalah
    38 individu/km² manakala 28 individu/km² dicatatkan bagi hutan yang dipulihara. Dengan
    menggunakan kaedah penangkapan per satu unit usaha (net-jam), masa purata bagi
    seekor kera hantu ditangkap di dalam hutan sekunder adalah 26.6 jam/haiwan dan 30 jam/
    haiwan di dalam hutan yang dipulihara. Keputusan membuktikan data mengenai kehadiran
    kera hantu di dalam kedua-dua hutan sekunder dan hutan yang dipulihara terutamanya di
    kampus UPMKB sekaligus menonjolkan nilai pemuliharaan kawasan hutan tersebut.
    Matched MeSH terms: Thoracica
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links