Displaying all 5 publications

Abstract:
Sort:
  1. Shittu Abdullahi, Supian Samat, Muhamad Samudi Yasir, Aznan Fazli Ismail
    Sains Malaysiana, 2018;47:1017-1023.
    This research reports the annual effective dose of dwellers based on the finding of natural radioactivity concentrations in
    Malaysian tiles. A total of 30 tiles samples obtained from the manufacturer or bought directly from local hardware store.
    Natural radioactivity was analyzed using gamma spectrometry system for 12 h counting times. The activity concentration
    of 226Ra, 232Th, and 40K in the analyzed samples ranged from 37.50 – 158.05 Bq kg-1, 42.22 – 80.19 Bq kg-1 and 349.46 –
    750.18 Bq kg-1, respectively. The determined radium equivalent activity was below than the recommended limit of 370
    Bq kg-1. The external dose received by dwellers due to natural radionuclides in tiles were projected for 1, 5, 10, 20 and
    50 years through six exposure pathways using Resrad-build computer code. The results showed that the annual effective
    dose received by dwellers increased for the investigated timelines but still lower than the annual recommended limit of
    1500 µSv. The simulation result also indicates that radon gas was the primary radiation exposure which contributes
    80-94 % from the total radiation exposure to dwellers.
  2. Khairiah Rosli, Wan Mohd Razi Idris, Sahibin Abd. Rahim, Aznan Fazli Ismail
    Sains Malaysiana, 2018;47:893-901.
    Kajian ini bertujuan menentukan kepekatan aktiviti radionuklid tabii (226Ra, 228Ra dan 40K) dalam tanah, air dan tumbuhan
    serta faktor pemindahan daripada tanah kepada tumbuhan dan indeks bahaya radiologi akibat penggunaan Condisoil®.
    Sebanyak 4 sampel tanah, 14 sampel air dan 4 sampel tumbuhan telah dianalisis menggunakan sistem spektometri sinar
    gama. Keputusan kajian mendapati julat kepekatan aktiviti 226Ra, 228Ra dan 40K dalam sampel tanah yang menggunakan
    Condsoil® masing-masing adalah 13.8 - 17.6, 15.7 - 21.0 dan 44.5 - 57.7 Bq kg-1. Julat kepekatan aktiviti 226Ra, 228Ra
    dan 40K dalam sampel tumbuhan pula masing-masing adalah 5.0 - 18.5, 0.1 - 1.5 dan 42.7 - 321.8 Bq kg-1. Bagi sampel
    air, julat kepekatan aktiviti bagi radionuklid 226Ra, 228Ra dan 40K masing - masing adalah 0.3 - 0.9, 0.3 - 3.9 dan 1.4 - 11.6
    Bq L-1. Julat faktor pemindahan radionuklid 226Ra, 228Ra dan 40K daripada tanah ke tumbuhan masing-masing adalah
    0.42 - 0.71, 0.01 - 0.08 dan 0.85 - 5.34. Penilaian bahaya radiologi mendapati indeks kesetaraan radium berada di bawah
    nilai had yang dicadangkan iaitu 370 Bq kg-1. Sehubungan dengan itu, kajian ini mendapati penggunaan Condisoil®
    sebagai bahan penambahbaikan tanah tidak menyebabkan pertambahan radionuklid tabii ke dalam alam sekitar serta
    tidak mendatangkan risiko bahaya radiologi kepada manusia.
  3. Aznan Fazli Ismail, Muhamad Samudi Yasir, Amran Abd. Majid, Redzuwan Yahaya, Ismail Bahari
    Selain daripada batu-batu kecil, batu kerikil dan pasir, simen merupakan salah satu bahan penting untuk membina bangunan. Simen diperbuat daripada campuran batuan dan tanah dan diketahui secara semulajadinya mengandungi radionuklid tabii. Kajian ini bertujuan untuk menentukan aras keradioaktifan tabii serta menilai hazard sinaran yang berpunca daripada radionulid tabii di dalam simen Portland di Malaysia. Sampel simen Portland diperolehi dari kilang pengeluar simen atau dibeli di pasaran tempatan. Kepekatan radionuklid tabii bagi 226Ra (siri 238U), 232Th dan 40K ditentukan dengan menggunakan spektrometri sinar gama. Hasil kajian mendapati julat kepekatan aktiviti bagi 226Ra (siri 238U), 232Th dan 40K masing-masing adalah 7.76 – 82.91 Bq kg-1, 9.79 – 49.37 Bq kg-1 dan 81.89 – 377.10 Bq kg-1. Purata nilai kesetaraan radium berada dalam julat 35.36 ± 0.60 hingga 135.94 ± 15.27 Bq kg-1 manakala julat purata bagi dos setara tahunan dan indeks hazard dalaman adalah masing-masing ialah 80 ± 2 hingga 300 ± 30 μSv tahun-1 dan 0.12 ± 0.00 hingga 0.56 ± 0.07.
  4. Aznan Fazli Ismail, Amran Ab. Majid, Muhamad Samudi Yasir, Redzuwan Yahaya, Ismail Bahari
    Penggunaan bahan binaan yang mengandungi bahan radioaktif tabii (NORM) yang tinggi boleh meningkatkan kadar dos dedahan kepada penghuni di dalam sesebuah bangunan. Kebimbangan terhadap impak radiologi kepada penghuni menyebabkan perlunya dilakukan penilaian hazard radiologi yang berpunca daripada bahan binaan. Sehubungan itu, objektif kajian ini adalah untuk menentukan aras keradioaktifan tabii dalam bahan binaan di Malaysia serta menilai risiko radiologi yang diterima oleh penghuninya. Sebanyak 46 sampel pasir, 43 sampel kerikil dan 13 sampel simen Portland telah dianalisis menggunakan sistem spektrometri sinar gama. Hasil kajian mendapati kepekatan aktiviti bagi ketiga-tiga sampel bahan binaan berada pada julat 4.4 Bq kg-1 hingga 354.9 Bq kg-1, 2.4 Bq kg-1 hingga 263.9 Bq kg-1 dan 15.1 Bq kg-1 hingga 1931.7 Bq kg-1 bagi masing-masing 226Ra, 232Th dan 40K. Pengiraan kadar dos dedahan dalam bangunan mendapati semua sampel menghasilkan dos di bawah nilai 1500 μSv tahun-1, iaitu jumlah had dos yang disyorkan bagi bahan binaan. Hasil analisis ke atas nilai indeks aras perwakilan sinar gama, indeks hazard luaran dan indeks hazard dalaman mendapati sebahagian sampel memberikan bacaan melebihi nilai satu, iaitu had yang ditetapkan bagi bahan binaan. Penilaian risiko radiologi kepada penghuni dengan menggunakan kod komputer Resrad-Build mendapati kadar dos dedahan yang berpunca daripada simen Portland, pasir dan batu kerikil meningkat pada setiap tahun sepanjang tempoh 50 tahun.
  5. Che Nor Aniza Che Zainul Bahri, Aznan Fazli Ismail, Amran Ab. Majid, Mohd Izzat Fahmi Mohd Ruf, Wadee'ah Mutahir Al-areqi
    Sains Malaysiana, 2018;47:1873-1882.
    Monazit merupakan mineral fosfat yang mengandungi unsur nadir bumi, torium dan uranium dalam kepekatan tertentu.
    Kepekatan torium dalam monazit di Malaysia dilaporkan sekitar 2,525.0 - 40,868 ppm dan berpotensi digunakan
    sebagai bahan api untuk kegunaan reaktor nuklear torium. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengkaji
    proses pengekstrakan dan penulenan torium oksida (ThO2
    ) daripada monazit tempatan. Proses pengekstrakan dan
    penulenan ThO2
    dibahagikan kepada empat peringkat iaitu proses penghadaman, pengasingan, pengekstrakan pelarut
    dan pengkalsinan. Pencirian sampel telah dilakukan melalui analisis spektrometri jisim gandingan plasma teraruh (ICPMS), analisis termogravimetri (TGA), pembelauan sinar-X (XRD) dan mikroskopi pengimbas elektron dengan spektroskopi
    serakan tenaga sinar-X (SEM-EDS). Proses penghadaman telah menghasilkan larutan larut lesap monazit ((Th,REE,U)
    (SO4
    )
    2
    ) yang mengandungi sehingga 99.77 ± 7.84 mg torium. Unsur nadir bumi (La, Ce, Nd, Pr, Sm, Eu dan Gd) telah
    diasingkan daripada torium pada peratusan 96.73%. Manakala larutan Th(NO3
    )
    4
    dan ThO2
    yang dihasilkan masing- masing
    berketulenan 97.10 ± 0.74% dan 98.85 ± 0.69%. Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan bahawa pengekstrakan
    dan penulenan ThO2
    daripada monazit tempatan boleh dilakukan melalui proses pengekstrakan berperingkat.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links