Sains Malaysiana, 2018;47:1873-1882.

Abstract

Monazit merupakan mineral fosfat yang mengandungi unsur nadir bumi, torium dan uranium dalam kepekatan tertentu.
Kepekatan torium dalam monazit di Malaysia dilaporkan sekitar 2,525.0 - 40,868 ppm dan berpotensi digunakan
sebagai bahan api untuk kegunaan reaktor nuklear torium. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan mengkaji
proses pengekstrakan dan penulenan torium oksida (ThO2
) daripada monazit tempatan. Proses pengekstrakan dan
penulenan ThO2
dibahagikan kepada empat peringkat iaitu proses penghadaman, pengasingan, pengekstrakan pelarut
dan pengkalsinan. Pencirian sampel telah dilakukan melalui analisis spektrometri jisim gandingan plasma teraruh (ICPMS), analisis termogravimetri (TGA), pembelauan sinar-X (XRD) dan mikroskopi pengimbas elektron dengan spektroskopi
serakan tenaga sinar-X (SEM-EDS). Proses penghadaman telah menghasilkan larutan larut lesap monazit ((Th,REE,U)
(SO4
)
2
) yang mengandungi sehingga 99.77 ± 7.84 mg torium. Unsur nadir bumi (La, Ce, Nd, Pr, Sm, Eu dan Gd) telah
diasingkan daripada torium pada peratusan 96.73%. Manakala larutan Th(NO3
)
4
dan ThO2
yang dihasilkan masing- masing
berketulenan 97.10 ± 0.74% dan 98.85 ± 0.69%. Sehubungan dengan itu, kajian ini menunjukkan bahawa pengekstrakan
dan penulenan ThO2
daripada monazit tempatan boleh dilakukan melalui proses pengekstrakan berperingkat.