Sains Malaysiana, 2018;47:893-901.

Abstract

Kajian ini bertujuan menentukan kepekatan aktiviti radionuklid tabii (226Ra, 228Ra dan 40K) dalam tanah, air dan tumbuhan
serta faktor pemindahan daripada tanah kepada tumbuhan dan indeks bahaya radiologi akibat penggunaan Condisoil®.
Sebanyak 4 sampel tanah, 14 sampel air dan 4 sampel tumbuhan telah dianalisis menggunakan sistem spektometri sinar
gama. Keputusan kajian mendapati julat kepekatan aktiviti 226Ra, 228Ra dan 40K dalam sampel tanah yang menggunakan
Condsoil® masing-masing adalah 13.8 - 17.6, 15.7 - 21.0 dan 44.5 - 57.7 Bq kg-1. Julat kepekatan aktiviti 226Ra, 228Ra
dan 40K dalam sampel tumbuhan pula masing-masing adalah 5.0 - 18.5, 0.1 - 1.5 dan 42.7 - 321.8 Bq kg-1. Bagi sampel
air, julat kepekatan aktiviti bagi radionuklid 226Ra, 228Ra dan 40K masing - masing adalah 0.3 - 0.9, 0.3 - 3.9 dan 1.4 - 11.6
Bq L-1. Julat faktor pemindahan radionuklid 226Ra, 228Ra dan 40K daripada tanah ke tumbuhan masing-masing adalah
0.42 - 0.71, 0.01 - 0.08 dan 0.85 - 5.34. Penilaian bahaya radiologi mendapati indeks kesetaraan radium berada di bawah
nilai had yang dicadangkan iaitu 370 Bq kg-1. Sehubungan dengan itu, kajian ini mendapati penggunaan Condisoil®
sebagai bahan penambahbaikan tanah tidak menyebabkan pertambahan radionuklid tabii ke dalam alam sekitar serta
tidak mendatangkan risiko bahaya radiologi kepada manusia.