Sains Malaysiana, 2017;46:945-951.

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai kepekatan aktiviti radionuklid tabii (226Ra, 232Th dan 40K) dalam makanan asas, sayur-sayuran, buah-buahan dan lauk-pauk di kawasan tengah Malaysia. Kepekatan aktiviti purata (Bq/kg) diukur menggunakan spektrometer gama berketulenan tinggi (HPGe). Tiga radionuklid 226Ra, 232Th dan 40K masing-masing memberikan keputusan 0.64 ± 0.17, 1.23 ± 0.14 dan 96.61 ± 1.87 (bagi sampel makanan asas); 2.07 ± 0.31, 2.12 ± 0.24 dan 791.51 ± 3.66 (bagi sampel sayur-sayuran); 2.44 ± 0.34, 1.54 ± 0.25 dan 288.63 ± 2.83 (bagi sampel buah-buahan) dan 0.72 ± 0.25, 0.80 ± 0.25 dan 195.67 ± 2.54 (bagi sampel lauk-pauk). Keputusan kajian ini didapati berada di dalam julat keputusan kajian terdahulu sekaligus menunjukkan kepekatan aktiviti purata 226Ra, 232Th dan 40K berada pada aras yang selamat dan dapat diterima.