Abstract

Kajian kepekatan logam dalam air di Tasik Bukit Merah telah dijalankan pada April 2009. Lima belas stesen persampelan telah dipilih dan sampel air permukaan bagi penentuan logam telah diambil. Beberapa parameter kualiti air seperti suhu, konduktiviti, oksigen terlarut, pH dan keliatan air telah ditentukan di setiap stesen. Sebanyak 11 jenis logam iaitu kadmium, zink, plumbum, kuprum, nikel, ferum, kobalt, aluminium, barium, kromium dan mangan (Mn) telah ditentukan dalam sampel air. Keputusan menunjukkan kepekatan semua logam kajian berada di bawah kepekatan maksimum yang dicadangkan oleh piawaian Malaysia dan antarabangsa bagi melindungi hidupan akuatik kecuali bagi logam Fe dan Al. Bagi parameter kualiti air, kajian menunjukkan semua parameter berada dalam julat kepekatan semula jadi (kelas I) berdasarkan Piawaian Kualiti Air Kebangsaan (NWQS Malaysia) kecuali oksigen terlarut dan pH di beberapa stesen persampelan terutama di bahagian timur tasik yang didapati dipengaruhi oleh faktor-faktor semula jadi dan antropogenik.