Abstract

Suatu kajian mengenai Indeks Kualiti Air (IKA) telah dijalankan di lembangan Sungai Paka, Terengganu. Ianya melibatkan pengukuran oksigen terlarut, pH, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, jumlah pepejal terampai dan ammonia di lapan buah stesen pensampelan. Hasil kajian menunjukkan semua stesen pensampelan berada dalam status bersih kecuali dua stesen tercemar yang terletak di Sungai Rengat dan Sungai Rasau. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya purata nilai IKA bagi lembangan Sungai Paka adalah 72.4% dan boleh diklasifikasikan sebagai kelas II dengan status sedikit tercemar. Hasil kajian juga menunjukkan kumbahan daripada kilang kelapa sawit merupakan penyumbang utama kepada kemerosotan nilai IKA di kawasan kajian.