Displaying all 3 publications

Abstract:
Sort:
  1. Jamaluddin Mohd Daud, Nor Azlina Zainal Abidin
    A faster method for sample preparation and qualitative analysis of phytohormones, i.e. abscisic acid (ABA), indole-3-acetic acid (IAA) and 1­-aminocyclopropane-l-carboxylic acid (ACC) is reported. Solid phase extrac­tion of Umbellifereae sp. plant extract was performed using C18 catridge ana the effluent collected was reacted to form the pentafluorobenzyl derivatives of ABA, IAA and ACC mixture. The derivatives mixture was separated and negative ion chemical ionization was carried out by using methane in a gas chromatograph-mass spectrometric instrument (GC-MS). Mass spectra of the three phytohormones are quite simple and therefore suitable for selective ion monitoring (S/M) at high sensitivity, together with their respective internal standards labeled with deuterium. However, only IAA can be determined quantitatively by GC-MS technique through the peak area ratio of SIM chromatograms for m/z 179 with m/z 174. This method allows the correction for the loss of IAA endogen during extraction when compared to the internal standard without the need for precise sampling, except during addition of the internal standard. The detection limit of IAA by this method is 5 femtomole/g wet weight of the plant.
    Satu kaedah penyediaan sampel dan analisis kualitatif yang pantas bagi fitohormon iaitu asid absisik (ABA), asid indol-3-asetik (IAA) dan asid 1­-aminosiklopropana-l-karboksilik (ACC) dilaporkan. Ekstrak daripada tumbuhan Umbellifereae sp. dilakukan pengekstrakan fasa pepejal dengan menggunakan katrij C18 dan efluen yang dipungut ditindakbalaskan bagi membentuk terbitan pentafluorobenzil bagi campuran ABA, IAA dan ACC. Campuran terbitan tersebut dipisahkan dan dilakukan pengionan kimia ion negatif dengan menggunakan metana di dalam instrumen kromatografi gas-spektrometri jisim (GC-MS). Spektrum jisim tiga hormon tersebut agak mudah dan oleh itu adalah sesuai bagi pemonitoran ion terpilih (S/M) pada kepekaan tinggi bersama dengan piawai dalaman masing-masing yang berlabel deuterium. Walau bagaimanapun, penentuan kuantitatif hanya dapat dilakukan untuk IAA menggunakan kaedah GC-MS melalui penisbahan luas puncak kromatogram S/M bagi m/z 179 dengan m/z 174. Ini membolehkan pembetulan kehilangan IAA endogen semasa pengekstrakan berbanding piawai dalaman tanpa perlu pensampelan yang teliti, kecuali semasa penambahan piawai dalaman. Had pengesanan bagi IAA melalui kaedah ini ialah 5 femtomol/g berat basah tumbuhan.
  2. Rosmawani Mohammad, Musa Ahmad, Jamaluddin Mohd Daud
    Sensor optik pH berasaskan reagen kurkumin terpegun dalam matriks hibrid sol-gel/kitosan melamin telah dibangunkan dalam kajian ini. Sensor optik pH ini memberikan rangsangan linear pada julat pH 9-13 (R2 = 0.9846). Seterusnya, nilai RSD kebolehulangan adalah 7.38% - 9.65%, manakala nilai RSD kebolehasilan pula adalah 2.18% - 4.72%. Kestabilanfoto yang baik bagi reagen kurkumin terpegun diperolehi apabila filem disimpan dalam persekitaran gelap dengan nilai RSD 3.69% untuk tempoh kajian 3 minggu. Tiada kesan histerisis diperhatikan apabila sensor digunakan untuk mengukur pH dalam kitaran pH 2-12-2. Masa rangsangan sensor adalah 10-20 saat. Penentuan nilai pH bagi beberapa sampel sebenar menggunakan sensor pH yang dihasilkan dalam kajian ini menunjukkan tiada perbezaan secara signifikan pada nilai pH yang diperolehi apabila dibandingkan dengan keputusan yang diperolehi menggunakan meter pH.
  3. Rosmawani Mohammad, Musa Ahmad, Jamaluddin Mohd Daud
    Sains Malaysiana, 2007;36:33-38.
    Potensi larutan reagen fenilfluoron untuk digunakan sebagai bahan reagen bagi pembangunan sensor optik pH dibincangkan dalam kajian ini. Reagen ini dipilih kerana ia belum pernah dilaporkan sebelum ini untuk digunakan sebagai bahan reagen bagi pembangunan sensor optik pH. Berdasarkan kajian larutan yang telah dijalankan, julat rangsangan linear pH bagi reagen fenilfluoron ialah antara pH 4–11. Perubahan warna dapat diperhatikan, iaitu warna kuning dalam asid kuat, warna oren dalam asid lemah serta bes lemah dan warna ungu dalam bes kuat. Perubahan warna yang berlaku adalah lebih kurang 5 saat. Reagen fenilfluoron mempunyai kestabilan foto yang baik dengan nilai RSD 0.33% untuk tempoh kajian selama 95 hari. Nilai RSD bagi kebolehulangan pada pH 2, pH 7 dan pH 12 adalah masing-masingnya sebanyak 2.6%, 0.9% dan 1.4%. Pemerhatian ini menunjukkan fenilfluoron mempunyai potensi yang baik untuk digunakan sebagai bahan reagen bagi pembangunan sensor optik pH.
Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (tengcl@gmail.com)

External Links