Sains Malaysiana, 2007;36:33-38.

Abstract

Potensi larutan reagen fenilfluoron untuk digunakan sebagai bahan reagen bagi pembangunan sensor optik pH dibincangkan dalam kajian ini. Reagen ini dipilih kerana ia belum pernah dilaporkan sebelum ini untuk digunakan sebagai bahan reagen bagi pembangunan sensor optik pH. Berdasarkan kajian larutan yang telah dijalankan, julat rangsangan linear pH bagi reagen fenilfluoron ialah antara pH 4–11. Perubahan warna dapat diperhatikan, iaitu warna kuning dalam asid kuat, warna oren dalam asid lemah serta bes lemah dan warna ungu dalam bes kuat. Perubahan warna yang berlaku adalah lebih kurang 5 saat. Reagen fenilfluoron mempunyai kestabilan foto yang baik dengan nilai RSD 0.33% untuk tempoh kajian selama 95 hari. Nilai RSD bagi kebolehulangan pada pH 2, pH 7 dan pH 12 adalah masing-masingnya sebanyak 2.6%, 0.9% dan 1.4%. Pemerhatian ini menunjukkan fenilfluoron mempunyai potensi yang baik untuk digunakan sebagai bahan reagen bagi pembangunan sensor optik pH.