Abstract

This study focused on the development and optimization of a hybrid material formed from sol-gel and chitosan which could be used as a chemical sensing material. It is hoped that this new matrix can overcome certain weaknesses in sol­gel and chitosan materials. Dip-coating technique was used to prepare the film on microscope glass slide which functioned as a solid support. For optimization purposes, thymol blue was chosen as a pH indicator and was entrapped in the film. The film was characterized using uv-Visible Spectrophotometer. Morphology studies of the surface of the film were carried out using Scanning Electron Microscope (SEM). Results indicated that the most suitable solgel: chitosan ratio for hybrid formation was 60:40 after considering the surface morphology of the film, leaching, response time and also the intensities of the spectrum. Besides that, the results also show that the pH indicator could be successfully entrapped inside the hybrid film and would still retain its chemical behavior just as in solution. The sensing material was found to have good repeatability when reacted with buffer solution and showed RSD values of 4.24 % and 5.96 % in buffer solution at pH 2.0 and pH 11.0, respectively. The entrapped indicator also showed good photo stability with RSD of 5.35 % for the duration of 8 hours. However; the reproducibility of the hybrid film was quite low with a RSD value of 18.40 % and 31.22 % at wavelength of 500 nm and 600 nm, respectively due to leaching.
[Penyelidikan ini difokuskan kepada pembangunan dan pengoptimuman bahan hibrid antara sol-gel dan kitosan untuk membentuk suatu matriks baru bagi penyediaan bahan penderia kimia yang dapat mengatasi kekurangan tertentu dalam bahan sol-gel danjuga kitosan. Teknik penyalutan celup telah digunakan untuk penyediaan filem nipis di atas penyokong slaid kaca mikroskop. Untuk tujuan pengoptimuman, timol biru dipilih sebagai penunjuk pH dan dipegunkan di dalam filem. Filem nipis dicirikan menggunakan Spektrofotometer UL-Nampak. Kajian morfologi ke atas permukaan filem pula dilakukan dengan menggunakan Mikroskop Imbasan Elektron (MIE). Keputusan yang diperolehi menunjukkan bahawa nisbah sol-gel:kitosan yang paling sesuai ialah 60:40 dengan mempertimbangkan dari segi morfologi permukaan filem, kelarutresapan, masa rangsangan dan juga keamatan spektrum. Selain itu, keputusan menunjukkan bahawa penunjuk pH berjaya dipegunkan dalam filem hibrid sol-gel-kitosan dan mampu mengekalkan sifat kimianya sebagaimana dalam larutan. Bahan penderia kimia ini didapati mempunyai kebolehulangan yang baik apabila bertindak dengan larutan penimbal dan menunjukkan nilai RSD yang baik iaitu 4.24% dan 5.96% dalam larutan penimbal pH 2.0 dan pH 11.0, masing-masingnya. Penunjuk pH terpegun turut menunjukkan kestabilan foto yang baik (RSD = 5.35%) untuk tempoh 8 jam. Walau bagaimanapun, kebolehasilan filem agak rendah dengan RSD yang bernilai 18.40% dan 31.22 % pada panjang gelombang 550 nm dan 600 nm masing-masing akibat daripada kelarut resapan].