Abstract

Kesan gantian Al berkepekatan rendah pada tapak-Zn sebagai lapisan anti-pantulan (LAP) untuk bahan Zn1-xAlxO ke atas pencirian struktur, morfologi dan sifat optik telah dikaji. Sampel Zn1-xAlxO dengan x = 0.00, 0.05, 0.10 and 0.15 telah disintesis dengan menggunakan kaedah sol-gel. Filem yang diperolehi dengan kaedah sol-gel telah disepuh lindap pada 400°C selama 2 jam. Kaedah pembelauan sinar-X (XRD) dan Mikroskop Elektron Imbasan (SEM) digunakan untuk mencirikan struktur dan morfologi filem. Spektrum XRD menunjukkan semua sampel mempunyai struktur heksagonal. Saiz partikel menurun apabila kepekatan Al meningkat. Filem ini mempunyai struktur filem yang padat dan tebal serta berkesan untuk memerangkap cahaya dalam filem nipis sel suria. Sifat optik telah dicirikan dengan menggunakan spektrometer UV-Vis-NIR dan fotoluminesen. Peningkatan nilai jurang tenaga penting sebagai unsur lapisan anti pantulan. Oleh itu, filem ini boleh digunakan sebagai lapisan anti-pantulan untuk sel solar.