Karboksimetil kitosan menunjukkan potensi untuk digunakan sebagai polimer induk bagi aplikasi elektrolit polimer
pepejal. Kesan garam litium nitrat terhadap sifat elektrokimia elektrolit polimer pepejal berasaskan karboksimetil kitosan
telah dijalankan. Elektrolit polimer pepejal berasaskan karboksimetil kitosan disediakan melalui teknik pengacuan
larutan dengan nisbah garam litium nitrat (LiNO3
) yang berbeza. Pencirian filem telah dijalankan dengan menggunakan
spektroskopi inframerah transformasi Fourier-pantulan penuh kecil (ATR-FTIR) dan Spektroskopi Impedans Elektrokimia
(EIS) bagi penentuan interaksi kimia dan sifat elektrokimia polimer elektrolit tersebut. Spektrum ATR-FTIR menunjukkan
ion litium cenderung untuk berinteraksi dengan kumpulan karbonil dan kumpulan ester dalam struktur karboksimetil
kitosan. Kekonduksian ion tertinggi yang dicapai adalah 8.44 × 10-4 S cm-1 dengan kepekatan garam 30 bt. % LiNO3
pada suhu bilik dan 5.25 × 10-3 S cm−1 pada suhu 70°C. Filem karboksimetil kitosan-30% LiNO3
mencapai kestabilan
secara elektrokimia sehingga 2.94 V. Keputusan kajian yang diperoleh menunjukkan elektrolit polimer pepejal berasaskan
karboksimetil kitosan memberi satu tarikan baru bagi aplikasi bateri ion litium.