Abstract

Potensi 49% poli(metil metakrilat) cangkukan getah asli (MG49) sebagai elektrolit pepejal polimer untuk diaplikasi dalam sistem peranti elektrokimia telah dikaji. Filem MG49 dengan garam LiBF4 sebagai dopan disediakan dengan menggunakan teknik pengacuan larutan. Kekonduksian ion yang diuji dengan menggunakan alat spektroskopi impedans elektrokimia menunjukkan kekonduksian optimum pada penambahan 25% bt garam LiBF4, dengan nilai kekonduksian ion, 1.49×10-9 S.cm-1 pada suhu bilik. Pemerhatian struktur dan morfologi dijalankan dengan menggunakan analisis pembelauan sinar-X dan mikroskopi imbasan elektron. Hasil menunjukkan pengkompleksan dan penghabluran berlaku dalam sistem polimer elektrolit. Hal ini menyebabkan nilai kekonduksian elektrik yang rendah didapati walaupun telah mencapai tahap optimum penambahan garam LiBF4.