Affiliations 

  • 1 Islamic Science University of Malaysia
  • 2 Malaysia Genome Institute
Trop Life Sci Res, 2019;30(2):1-14.
MyJurnal

Abstract

Pencirian enzim ekstraselular protease daripada bakteria Alkalophilic Bacillus lehensis G1 dari Malaysia telah dikaji. Enzim protease yang dirembeskan diuji pada agar susu skim 2%. Keputusan menunjukkan protease ekstraselular mampu mengekalkan aktiviti sehingga suhu 60°C di dalam julat pH yang luas iaitu 3 hingga 11 dengan suhu optimum pada 40°C dan pH optimum pada 7.0. Aktiviti enzim juga diperhatikan akan meningkat dengan penambahan beberapa ion iaitu Mn2+, Fe2+, Cu2+, Mg2+ dan Co2+. Manakala aktiviti protease didapati sedikit direncat dengan kehadiran ion Ca2+, K+ dan Ni2+ dengan baki aktiviti sebanyak 85%, 81% dan 75%. Protease ekstraselular juga didapati serasi dengan beberapa cecair detergen komersial dari Malaysia, yang menunjukkan protease ini boleh dimanfaatkan sebagai pembersih kotoran pada pakaian. Selain itu, potensi kegunaan protease yang dihasilkan oleh B. lehensis G1 ke atas penguraian gelatin dari filem X-ray yang telah digunakan juga telah dilakukan di dalam kajian ini.