Abstract

Sensor optik pH berasaskan reagen kurkumin terpegun dalam matriks hibrid sol-gel/kitosan melamin telah dibangunkan dalam kajian ini. Sensor optik pH ini memberikan rangsangan linear pada julat pH 9-13 (R2 = 0.9846). Seterusnya, nilai RSD kebolehulangan adalah 7.38% - 9.65%, manakala nilai RSD kebolehasilan pula adalah 2.18% - 4.72%. Kestabilanfoto yang baik bagi reagen kurkumin terpegun diperolehi apabila filem disimpan dalam persekitaran gelap dengan nilai RSD 3.69% untuk tempoh kajian 3 minggu. Tiada kesan histerisis diperhatikan apabila sensor digunakan untuk mengukur pH dalam kitaran pH 2-12-2. Masa rangsangan sensor adalah 10-20 saat. Penentuan nilai pH bagi beberapa sampel sebenar menggunakan sensor pH yang dihasilkan dalam kajian ini menunjukkan tiada perbezaan secara signifikan pada nilai pH yang diperolehi apabila dibandingkan dengan keputusan yang diperolehi menggunakan meter pH.