Pengimejan tradisi mempunyai banyak kekurangan seperti mempunyai jangka hayat yang pendek serta bersaiz besar
kerana sifat pendafluornya tidak tahan lama atau berlakunya pelunturanfoto. Melalui kajian ini, nanohablur kadmium
sulfida dihasilkan dan berfungsi sebagai pengimejan titik kuantum yang sesuai dengan sifat optiknya yang pelbagai
mengikut saiz zarahnya. Sifat optik titik kuantum kadmium sulfida (TK CdS) boleh dipengaruhi oleh saiz dan juga
komposisi kimia TK seperti perubahan pH. Dalam kajian ini, sifat optik TK CdS dikaji terhadap perubahan nilai pH
dengan menghasilkan TK CdS melalui kaedah koloidal. Kadmium asetat dihidrat (C4
H6
CdO4
.2H2
O) dan natrium sulfida
(Na2
S) digunakan sebagai sebagai bahan pemula bagi menghasilkan TK CdS. Nilai pH diubah suai dengan menitiskan
natrium hidroksida (NaOH) ke dalam larutan TK CdS. Lima jenis larutan disediakan iaitu pada nilai pH5, pH7, pH8,
pH9 dan pH10. Masalah penggumpalan sering berlaku semasa proses sintesis CdS. Oleh itu, kajian ini menggunakan
asid tioglikolik (HSCH2
CO2
H) sebagai agen penstabil kepada TK CdS. Spektra keserapan UV memberi anjakan biru
apabila TK CdS pada pH alkali kerana saiz nanohablur mengecil. Hasil daripada spektroskopi pendarfluor mendapati
larutan yang mempunyai nilai pH8 memberi puncak yang tertinggi. Hal ini adalah kerana pada pH ini nanohablur
mampu berubah pada posisi yang tepat dan membentuk TK CdS pada kehabluran yang tinggi. Oleh itu, mekanisme ini
dapat membentuk perangkap lubang dan seterusnya eksiton terbentuk.