Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji kebolehan hidrogel daripada selulosa bakteria (BC-g-PAA) sebagai pembawa bagi
menghasilkan nanozarah ferum oksida (FeNps). Hidrogel selulosa telah disintesis menggunakan kaedah pempolimeran
radikal bebas. Secara umum, kaedah pempolimeran radikal bebas ialah pempolimeran berantai (pempolimeran berion),
dengan monomer radikal bebas menyerang monomer lain yang ikatannya berganda sehingga membentuk rantai dan
akan melebarkannya. Nanozarah ferum oksida (FeNps) telah dihasilkan melalui gabungan antara 1 × 10-4 g/mL garam
ferosenium ke dalam sistem hidrogel, seterusnya agen penurun natrium oksida (NaOH) dengan kepekatan 1 M digunakan
untuk mendapatkan zarah. Hidrogel di dalam larutan penimbal pada pH10 ialah yang mempunyai nisbah pembengkakan
tertinggi. Keputusan FTIR menunjukkan bahawa asid akrilik (AA) berjaya dicangkukkan pada jaringan selulosa bakteria
(SB). Imej hidrogel telah dicirikan melalui analisis mikroskopi elektron imbasan (SEM), diikuti oleh spektroskopi tenaga
serakan X-ray (SEM-EDX) dalam penentuan peratusan elemen ferum (Fe). Nanozarah berhasil diperolah selepas hidrogel
dikalsinkan, seterusnya zarah tersebut diuji melalui mikroskopi transmisi elektron (TEM) dan pembelauan sinar-X
(XRD). Analisis TEM menunjukkan diameter zarah berukuran 5 - 20 nm. Keputusan XRD mengesahkan bahawa zarah
yang diperoleh ialah ferum oksida (Fe3
O4
) yang terletak pada puncak 2θ; 32°, 35°, 49° and 54°. Semua keputusan yang
diperoleh menunjukkan bahawa hidrogel berasaskan selulosa bakteria berjaya digunakan sebagai nanoreaktor untuk
menghasilkan nano zarah ferum oksida (FeNps)