Abstract

Oksida perovskit La1-xSrxCo0.2Fe0.8O3-δ (LSCF) dengan x = 0.3-0.5 telah dihasilkan melalui kaedah sol-gel. Ia merupakan pengalir berion campuran yang sangat baik sebagai bahan katod untuk sel fuel oksida pepejal bersuhu sederhana (IT-SOFC). Serbuk yang terhasil dicirikan dengan menggunakan teknik pembelauan sinar-X (XRD) dan keputusannya menunjukkan bahawa hablur perovskit yang tulen terhasil sepenuhnya setelah dikalsin pada suhu 900°C. Kesan suhu pensinteran ke atas pelet LSCF dikenal pasti dengan menggunakan Mikroskop Elektron Imbasan (SEM). Keputusan menunjukkan
bahawa perovskit LSCF mempunyai keliangan yang optimum sebanyak 30% setelah disinter pada suhu 900°C. Keliangan optimum ini membolehkan tindak balas penurunan oksigen berlaku dengan lebih mudah. Analisis FTIR yang dijalankan menunjukkan kehadiran ikatan Fe-O dalam serbuk LSCF dan tiada bendasing yang wujud dalam serbuk LSCF.