Sains Malaysiana, 2017;46:1549-1555.

Abstract

Kanji Dioscorea pentaphylla telah diubah suai dengan pensulfatan dan peneutralan bagi menghasilkan natrium
kanji sulfat. Tindak balas pensulfatan dilakukan dengan asid sulfurik dalam etanol dan air pada suhu 0o
C. Darjah
penukargantian dikira berdasarkan peratus karbon dan sulfur yang ditentukan menggunakan penganalisis unsur CHNS.
Natrium kanji sulfat yang mempunyai darjah penukargantian dan peratus nisbah berat hasil yang tinggi dipilih dan
dicirikan dengan spektrum transformasi Fourier inframerah (FT-IR) dan profil pembelauan sinar-X (XRD). Kehadiran
dua puncak getaran regangan C-O-S dan S=O dalam spektrum FT-IR dan puncak berbeza yang terhasil dalam corak
difraktogram XRD membuktikan tindak balas berlaku pada struktur kanji. Sifat termal juga ditentukan dengan kalorimeter
pengimbas pembezaan (DSC) dan analisis termogravimetri (TGA). Natrium kanji sulfat yang dihasilkan mempunyai
kestabilan termal yang baik kerana mempunyai suhu penguraian pada 265o
C. Natrium kanji sulfat ini sesuai dijadikan
bahan tambahan dalam penghasilan hidrogel, organogel dan filem dengan sifat anionik kerana degradasi tidak terjadi
di bawah suhu ini.